Showing posts with label cerpen. Show all posts
Showing posts with label cerpen. Show all posts

Wednesday, 28 March 2012

NO TITTLE PART 20 (last part)

“Saya tahu, selama ni,saya bertepuk sebelah tangan. Saya tahu, awak tak cintakan saya dan awak……”
“Tak seperti apa yang awak cakapkan tu Aya.” Imran pantas mendongakkan pandangannya menatap ke dalam bebola mata Hayati .
“Awak tak bertepuk sebelah tangan. Saya ….saya juga mencintai awak sepenuh hati saya,” Imran menundukkan pandangan.
“Tak payahlah awak berani bermain dengan kata-kata cinta,Imran. Saya tahu, awak sengaja cakap macam tu sebab awak rasa bersalah dengan kejadian tadi tu,”
“Tak sayang.. Bukan. Bukan macam tu. Bukan sebab abang terlihat tubuh badan sayang atau abang bertindak kasar dengan sayang tadi. Abang sebenarnya sudah memendam perasaan terhadap sayang sejak sayang menjaga diri abang semasa abang demam. Aya sediakan sup untuk abang, Aya buatkan air halia untuk abang, Aya tuangkan susu pekat kat lengan abang yang melecur. All the things you’ve done, make me felt in love with you, sayang. I realise that I’m not romantic, tak pandai ungkap kata-kata cinta,but, I’m admit that I…..I love you. I’m sincerely loving you. Awaklah cinta pertama saya,Aya…Can you accept me?” Imran memandang dalam anak mata Hayati. Tangannya menyentuh lembut bahu Hayati. Dia tidak kisah lagi dengan ego yang masih tinggal berbaki dalam naluri lelakinya. Yang penting,cintanya harus dikejar. Dia ikhlas dengan wanita itu. Ya. Dia nekad.Itulah wanita yang bakal menghiasi ruangan hatinya yang selama ini masih belum berpenghuni.Nor Izzatul Hayati,gadis yang selama ini tidak disedari akan kemunculannya yang akhirnya berjaya mengetuk gerbang hatinya.

Hayati terpana seketika mendengarkan bait-bait indah yang terpacul dari bibir Imran. Terasa dirinya seperti di awang-awangan. Tidak percaya dengan apa yang didengarnya sendiri dari mulut Imran. Bukan mimpi apalagi fantasi. Dia sedang berhadapan dengan satu realiti hidup.Perasaan terharu,gembira,bersyukur,semuanya menjadi satu. Dalam atma,hanya Allah sahaja yang mengerti akan perasaannya tika itu.

Air mata jernih mengalir sekali lagi di pipi Hayati menandakan kesyukuran yang tidak terhingga pada Ilahi.
Secangkir senyuman yang singgah pada bibir gadis itu sudah cukup memberikan jawapan yang dinanti-nantikan oleh Imran. Pantas jari-jemarinya yang runcing menyeka lembut titisan jernih pada pipi gebu gadis itu. Lantas,ditarik erat ‘bunga’ anugerah Ilahi itu ke dalam pelukan kasih sayangnya. Perasaannya kini,hanya Allah sahaja yang Maha Mengerti.
‘Ya Allah,syukur atas kurniaan-Mu akan kesudahan hubungan kami ini. Kekalkanlah kebahagiaan kami sehingga ke alam akhirat-Mu. Syukur pada-Mu Ya Allah.’


- تامت
»»  BCE SMPAI ABES...

Sunday, 3 April 2011

NO TITTLE PART 18

Setelah menempuh berjam-jam perjalanan,akhirnya, mereka selamat tiba ke kampung halaman Hayati di kampung Suka Menanti,Alor Star. Ketibaan mereka berdua disambut dengan penuh kesyukuran. Keadaan turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran keluarga mak long serta keluarga pak teh Hayati. Usikan-usikan nakal turut kedengaran membuatkan perasaan malu menggunung dalam dirinya. Lain pula bagi Imran. Naluri lelakinya dapat mengesan sesuatu yang tidak kena pada pandangan sepupu Hayati,Khai. Imran kurang senang cara pandangan lelaki itu terhadap isterinya. Tiada angin,tiada ribut,jari-jemari Imran pantas merangkul erat pinggang Hayati. Tersentak Hayati dibuat Imran. Masakan dihadapan orang ramai Imran berani bertindak sedemikian. Sedikit demi sedikit dijarakkan tubuhnya menjauhi tubuh Imran. Khai yang sedar akan keintiman yang sengaja dibuat-buat Imran itu cepat-cepat mengalihkan pandangannya,pantas beredar meninggalkan halaman rumah Hayati. Baru puas hati Imran. Geram betul Imran dengan sikap cuai Hayati. Masakan dia tidak perasan akan pandangan pelik sepupunya itu.
Suasana menjadi lengang sebaik sahaja semua saudara-mara mula beredar. Pelbagai perkara telah dibualkan Imran bersama ibu mentuanya itu. Bertuah sungguh dirinya kerana mendapat seorang ibu mentua yang sangat baik hati dan peramah. Serta-merta ingatannya singgah pada wajah mama yang dikasihi. Sayangnya,mama tidak sempat menatap wajah menantunya,Hayati. Allah lebih menyayangi arwah mama serta papanya. Bertuah betul Hayati kerana masih memiliki ibu sebaik ini.
Imran menapak ke kamar peraduannya. Dia ingin membersihkan badannya yang melekit akibat berpeluh. Sebaik sahaja kakinya terpacak di muka pintu,hati lelakinya terpana. Sekujur tubuh di hadapannya kini yang hanya memakai towel menggetarkan jiwa lelakinya. Tidak pernah gadis itu menampakkan keadaan dirinya seperti ini. Hayati tergamam tanpa sempat menyarungkan pakaiannya ke tubuh. Bahagian atas dada yang putih melepak serta pahanya jelas kelihatan tanpa sempat dia bertindak. Hayati pantas menarik selimut yang membaluti katil lalu menutupi bahagian anggota badannya yang terdedah. Menyesal dirinya sudah tidak berguna kerana terlupa mengunci pintu. Padahal, dia berkira-kira lelaki itu mungkin meluangkan masa lebih lama untuk berbual-bual dengan ibunya.
Naluri lelakinya yang ego cuba berlagak selamba seperti tiada apa yang berlaku. Sekelumit iman yang masih berbaki membuatkan Imran masih terpacak berdiri. Tiada sepatah perkataan pun yang terkeluar dari bibir mungil Hayati. Masing-masing saling memandang antara satu sama lain. Imran diam membatu,Hayati dirundung malu.
“Im..Imran, boleh tolong keluar dari bilik ni sekejap? Saya..say.. Saya nak pakai baju ni,”Hayati berkata lambat-lambat. Hatinya berharap benar agar lelaki itu memahaminya.
“Laa…inikan bilik saya juga. Ape? Saya boleh pun tukar baju depan awak mase kat KL. Kenapa awak tak boleh pulak?” Imran buat muka tolol. Naik meluat dengan sikap Imran yang kebudak-budakan,Hayati mendengus geram.
“Imran,tolonglah…tolonglah keluar kejap…ok?”Tangannya masih utuh memegang hujung kain selimut menutupi tubuhnya yang terdedah. Peluang cerah menunggu di hadapan. Imran tidak mahu melepaskannya. Tiba-tiba timbul niat niat nakal dalam diri lelaki itu. Padanya,tidak salah kerana,mereka merupakan suami isteri yang sah. Daun pintu ditutup rapat lalu di kunci.Lantas kakinya melangkah kemas ke hadapan. Alur pucat terukir di wajah Hayati yang kemerah-merahan. Imran melangkah berani mendekati Hayati. Pandangannya galak memerhatikan setiap inci tubuh wanita di hadapannya itu. . Gadis itu kaget. Debar hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu.
‘Apa pula mamat ni nak buat?’
Getusya dalam hati. Dadanya berombak kencang. Tingkahnya kini tidak keruan.
Gila lelaki ni!!
Sebelum Imran sempat melakukan tindakan bodoh,Hayati terlebih dahulu bertindak. Sepantas kilat Hayati menapak untuk berlari meninggalkan bilik tersebut. Imran yang tidak menduga akan tindakan yang bakal di ambil oleh Hayati serta-merta menarik tubuh wanita itu. Permainannya masih belum tamat. Keadaan yang tegang itu bertambah tegang apabila tindakan drastik Imran itu mengubah suasana.
“Arghhh!!”
Imran menjerit sambil membeliakkan matanya memandang Hayati. Mulutnya terlopong luas. Pantas matanya ditutup dengan telapak tangan.Inderanya cepat-cepat di panah ke tempat lain.
“Makkk!!!” Hayati menjerit panjang sambil membeliakkan mata memandang tubuhnya.
Bukan tubuh Hayati sahaja yang berjaya ditarik ke pelukan Imran,malah, sekali kain tuala yang menutupi tubuh Hayati turut terlerai dari tubuhnya. Pantas, pelukan Imran terlepas menyebabkan tubuh Hayati terhempas ke lantai marmar. Terpempan Hayati dan Imran dengan keadaan tersebut. Hayati cepat-cepat mencapai kain tuala yang yang terlerai dari tubuhnya.
“Awak!! Awak buat apa Imran?!” Hayati berang dengan tindakan bodoh lelaki itu.
“Ha…er…say…saya,saya tak tahu..saya tak sengaja,” Terketar-ketar tangannya cuba mencapai kain untuk menutupi tubuh Hayati.Namun, sepantas kilat tangannya di tepis kasar sekali oleh Hayati. Amarah sudah mula mengubui atmanya persis sebuah gunung berapi yang menunggu masa untuk memuntahkan lahar ke bumi.
“Arghh! Sudah!Saya dah tak tahan….”
“Aya, Imran…awat bising-bising ni? Ada apa?”
Hayati tidak sempat meneruskan kata-katanya tatkala kelibat emaknya kelihatan di ambang pintu. Hayati dan Imran kaget. Mereka terpaksa mencari alasan lagi. Kemarahan Hayati yang membuak-buak persis lava gunung berapi yang menanti masa untuk meletup itu serta-merta menurun suhunya.
“Er…Aya ni mak. Dia terkejut tikus,” Imran cuba mencari jawapan yang sesuai sebagai jawapan kepada pertanyaan emak mertuanya itu.
“Ha? Ti..tikus…? Ya..betul mak. Aya terkejut tadi sebab ada anak tikus melintas depan Aya,” Hayati memandang geram lelaki itu. Merah padam mukanya menahan amarah yang sudah menusuk tangkai hatinya bercampur perasaan malu. Masakan tidak,tubuhnya tergolek jatuh tanpa seurat benang dihadapan mata kepala lelaki itu sebentar tadi.
Puan Naimah hanya mampu menggelengkan kepala melihatkan keadaan anak dan menantunya tanpa mengetahui keadaan sebenarnya..
“Isy..mai mana pulak dah tikus ni. Mak rasa tikus-tikus ni mati habis dah kena racun,” Puan Naimah berlalu meninggalkan mereka berdua. Imran lantas bergerak ke bilik air untuk mengambil wudhuk untuk mengerjakan solat Isyak. Hayati menghantar pemergian Imran dengan sorotan pandangan yang sukar ditafsir. Malu,geram,benci,semua perasaan itu bergabung menjadi satu.
Hayati mengunci pintu.
Dia berpaling pada cermin. Ditatap setiap inci tubuhnya yang kini lengkap berpakaian. Tanpa dipinta,imbasan kejadian yang memalukan sebentar tadi menjengah ke alam fikirannya.
‘Macam mana aku nak berdepan dengan Imran ni? Malunya aku usah diceritakan. Semuanya salah si Imran ni. Kalau dia tak berlagak hero cabuk dengan menarik tubuh aku,tak jadilah perkara yang memalukan ini. Percuma je si Imran sengal tuh dapat tengok tubuh aku. Arghhh!! Nak gila aku macam ni.’
* * * * * * * * * * * * * * * * *
»»  BCE SMPAI ABES...

NO TITTLE PART 17

Masing-masing diam membisu. Kejadian dinihari tadi masih menerpa di segenap ruang fikiran mereka berdua. Hayati sudah tidak sabar-sabar ingin berjumpa dengan emaknya di kampung. Sudah dua minggu dia tidak pulang ke kampung sejak mendirikan rumah tangga. Imran yang memandu di sebelahnya sedikit gugup. Takut-takut tingkah lakunya yang tidak sedap mata memandang akan terpapar pada pandangan ibu mertuanya itu.
Belumpun menjangkau setengan jam perjalanan,Imran memberhentikan kereta Honda CRVnya di hadapan sebuah klinik berdekatan. Timbul tanda-tanya dalam benak Hayati tentang tujuan Imran. Imran lantas menarik tangan Hayati supaya masuk ke klinik bersamanya. Hayati hanya mengikut namun menarik perlahan-lahan tangannya daripada pegangan Imran.
“Imran, apa awak nak buat dekat klinik ni? Ape,demam awak belum sembuh ke?”
“Ha? Saya? Taklah. Demam saya dah sembuh sebab pertolongan awak jugak semalam,” Jari Imran bermain-main dengan kunci kereta.Kembang-kuncup hati Hayati dek mendengarkan kata-kata Imran itu. Dia tanpa banyak bicara menghulurkan kad pengenalannya apabila diminta oleh Imran.
“Habis tu? Nak buat apa kita datang ke sini?”
Soalan Hayati tidak mendapat jawapan tatkala Imran raghib berkata sesuatu kepada pembantu klinik tersebut.
“Awaklah…,”
“Hah?? Saya? Kenapa?”
“Pagi tadi bukan ke awak sakit perut yang sangat kritikal. So, kita datang sini untuk buat checkup for you”.
“Ap…apa?!!Eh..Imran. Tunggu….tunggu… Tak payah buat medical checkup. Saya oklah. Saya tak apa-apa,” Hayati menggeleng kepala beberapa kali sambil memaut lengan Imran keluar dari klinik.
‘Matilah aku. Imran ni nak mampus agaknya. Pandai-pandai bawak aku jumpa doktor’. Hayati semakin kalut tatkala namanya dipanggil.
“Awak ni, doktor pun nak takut? Bukannya serigala nak takut-takut.Tak apa kalau awak takut,saya temankan awak masuk dalam,” Imran mengunjukkan jari telunjuknya ke arah bilik doktor.
“Eh..Eh…tak payah..tak payah…bi…biar saya seorang saja masuk. Awak tak payah susah-susah,” Hayati menolak tubuh Imran sambil ketawa tersengih-sengih yang sengaja dibuat-buat.
“Isy..kenapa awak ni susah sangat nak berjumpa doktor,ni? Bukannya nak kena suntik pun. Alah,alang-alang kaki saya dah menapak masuk ni takpelah biar saya masuk sekali. Saya ni kan suami awak?” Imran berkata separuh berbisik ke telinga Hayati.
‘Suami konon!!’ matanya dijegil luas serta bekerut dahinya memandang wajah Imran.
Hayati terdesak. Doktor sudah menanti untuk menjalankan tugasnya.
‘Mengada-ngada betul si Imran ni. Macam mana kalau dia tahu ‘sakit’ sebenar aku ni? Malulah aku.’
Perlahan-lahan punggungnya dilabuhkan di atas kerusi berhadapan doktor. Imran mengambil tempat duduk di sebelah Hayati.
“Puan, apa masalah puan?”
Hayati teragak-agak memandang wajah doktor separuh abad itu. Dia memandang wajah doktor dengan Imran silih berganti. Hayati tersenyum sumbing. Tidak tahu harus bermula dari mana.
“Macam ni, Doctor,isteri saya ni sakit perut yang sangat teruk pagi tadi. Tibe-tibe je sakit perut dia sakit,”
Imran yang tidak sabar-sabar menanti jawapan dari mulut Hayati lantas menceritakan masalah sebenar.
Hayati tidak senang duduk. Doktor wanita yang berbangsa India itu memeriksa dirinya. Setelah itu, beliau berkata sesuatu setelah diam seminit dua.
Hayati dapat meramal apa yang bakal diutarakan oleh doktor wanita itu. Bibirnya diketap sambil menundukkan pandangan.
“Encik, sebenarnya,sakit perut isteri encik ni berpunca daripada datang bulan. Sakit perut di saat menstruasi biasanya terjadi kerana disebabkan ketidakseimbangan antara estrogen terhadap progesteron. Kontraksi otot rahim yang terlalu kuat ketika mengeluarkan darah memang menyebabkan rasa sakit. Oleh kerana otot rahim terlalu kuat berkontraksi,maka ia boleh menyebabkan berlakunya ketegangan otot yang kuat. Kontraksi inilah yang menyebabkan timbulnya rasa sakit dan kejang semasa datang bulan. Jangan bimbang encik, kerana perkara ini biasa terjadi pada mana-mana perempuan normal seperti Puan Izzatul Hayati ni Yelah,cume kadang-kadang,rasa sakit tu berbeza-beza. Ada yang terlalu sakit,ada yang tak sakit sangat,”
Doktor wanita itu kelihatan mengukir secangkir senyuman di tubir bibirnya melihatkan reaksi Imran yang berkerut dahi mendengarkan penerangannya itu.
Hayati tidak membalas pandangan Imran yang merenung dalam wajahnya. Malu. Hanya perkataan itu yang melayang dalam kotak fikirannya. Dia lantas masuk ke dalam kereta. Imran mula menggerakkan kereta menuju ke destinasi yang seterusnya.
Imran memandang sekilas ke arah Hayati kemudiannya tersenyum sinis.
“Itulah awak. Saya dah cakap, saya tak apa-apa. Awak pandai-pandai sendiri tu buat apa?”
Ada nada geram dalam diri wanita itu. Apa tidaknya, sudahlah memaksanya berjumpa doktor kemudian masih tegar tersenyum sinis ke arahnya. Geram betul dengan tindakan Imran yang pandai-pandai bertindak sendirian.
“Eh,jadi perempuan ni susah betulkan? Waktu datang period sakit,waktu mengandungkan baby pun susah, nak bersalin pulak satu hal,” Imran bersuara setelah berdiam diri. Tiada tindak balas daripada Hayati.
‘Tahu tak pe.’Hayati berkata dalam hati sambil pandangan matanya melayang ke luar tingkap.
“Eh, Hayati,sakit sangat ke period yang awak alami pagi tadi tu? Daripada penerangan doktor tu,saya dapat bayangkan betapa sakitnya kesan datang bulan ni kan?”
“Isy..awak ni kan,boleh tak tumpukan perhatian semasa memandu? Jangan sibuk hal sayalah!”
Muka Hayati masam mencuka. Malas dilayan si Imran itu. Makin dilayan makin menjadi-jadi sifat kebudak-budakannya.
‘Ada ke patut isu datang bulan boleh dijadikan bahan perbualan? Yang tak patutnya,berdiskusi dengan mamat seposen ni pulak tu. Hai…apelah nasib. Malu tahap impak maksima aku hari ni.’
“Janganlah terlalu emo sayang…Opss…saya pernah terdengar,orang datang bulan ni cepat marah dan moody.Sekarang,baru saya mempercayai kenyataan tu,” Imran ketawa mengekek sambil memandang wajah Hayati.
Terpana Hayati mendengarkan kata-kata ‘sayang’ dari mulut lelaki itu.
‘Eii!mengada-ngada betul!’ getus hati kecilnya.
»»  BCE SMPAI ABES...

NO TITTLE PART 16

Jam ,loceng berbunyi mengejutkan Imran dari tidurnya. Terasa dahinya lembap dan kebasah-basahan dek kain yang terlekap di dahinya. Tangannya menggagau dahi lalu mengalihkan tuala kecil dari dahinya. Imran mengiring ke kanan. Dia terkejut apabila melihatkan sekujur tubuh terbaring tanpa selimut di sisinya. Ditatapnya penuh dalam wajah mulus itu. Lama.
Hayati kembali ke alam nyata. Dia baru sahaja berjaya melepaskan dirinya daripada mimpi ngeri. Bertambah ngeri lagi Hayati apabila sebaik sahaja membuka mata, terjengul wajah Imran mendekati wajahnya. Hayati melompat bangun. Imran melarikan wajahnya.
“Eh,apa awak buat dekat saya ni? Macam mana awak boleh tidur tepi saya ni?” Hayati menolak tubuh sasa Imran yang bersinglet itu.
“Eh, apa awak merepek ni? Siapa yang tidur tepi siapa ni? Takpun…Oo…awak yang sengaja suruh saya tidur atas katil semalam supaya awak pun boleh tidur tepi saya kan? Betul tak macam tu? Oo…sengaja nak ambil kesempatan kan? Hemm…” Imran meninggikan suaranya. Imran mengangguk-anggukkan kepalanya. Jari telunjuknya dihalakan tepat ke dahi gadis itu.
Hayati hilang kata-kata. Ingatannya ligat merakam semula peristiwa semalam.
“Eh..Eh..tolong sikit ye! Awak tu yang tarik tangan saya semalam. Lepas tu, siap cakap ‘jangan tinggalkan saya…jangan pergi.’ Kenapa? Awak tak ingat lagi? Muka awak semalam kesian sangat tau. Macam budak kecik,” Hayati mengajuk kata-kata Imran yang diucapkan padanya semalam.
Minda Imran ligat memikirkan kata-kata gadis itu. Masakan Hayati sanggup berbohong?
‘Betul ke apa yang aku cakap semalam tu?’getus hatinya. Rasa malu serta-merta menghambat dirinya.
Sebiji bantal tiba-tiba hinggap di kepala Hayati. Terkejut dengan tindakan drastik Imran, Hayati lantas mengambil bantal di tepinya lalu memukul Imran. Bertalu-talu Imran dipukul Hayati. Baru puas hatinya. Asyik dia sahaja yang selalu mengalah dengan lelaki itu. Dia tidak boleh lagi membiarkan dirinya terus dibuli oleh Imran. Imran dan Hayati saling berbalas pukulan. Dek kerana geram dengan tindakan Hayati yang tidak mahu mengalah,Imran mengeluarkan kudrat lelakinya. Dia lantas menerkam Hayati membuatkan Hayati terjelepuk di dalam pelukannya. Hayati serta-merta menolak dada bidang Imran dari dirinya. Dia lantas membangunkan tubuhnya yang terbaring dalam pelukan Imran. Sakit bahu dan perutnya kerana ditekan lelaki itu. Hayati tiba-tiba mengerengkot kesakitan. Beberapa kali ditekan perutnya itu.Sakit sengal-sengal itu bergerak ke bawah perut dan pinggul. Imran bagaimanapun masih berlagak selamba. Pada anggapannya, mesti Hayati berpura-pura sakit supaya dia akan rasa bersalah dan kasihan pada wanita itu. Namun,reaksinya bertukar serius tatkala melihat keadaan Hayati yang masih berlarutan kesakitannya.
“Aya! Kenapa dengan awak ni? Takkan sebab saya tertekan perut awak sampai jadi macam ni?” Imran menggelabah. Hayati menolak lembut tangan Imran yang cuba menyentuh perutnya. Dia sendiri faham benar akan simptom-simptom tersebut.
“Sa…kiiiit…” Hayati tidak mampu menggerakkan tubuhnya sedikitpun. Kekejangan pada perut cuba di tahannya dengan menekap sebiji bantal pada perutnya itu. Sekejap-sekejap mukanya berkeriut menahan kesakitan yang bertandang. Kekejangan bertandang lagi. Hayati tidak mampu bergerak lagi. Dia membaringkan tubuhnya di atas katil setelah menyapu minyak angin yang diberikan oleh Imran. Kesakitannya semakin beransur-ansur hilang.
Imran yang masih dalam kebodoh-bodohan itu mengatur langkah ke bilik air untuk membersihkan diri. Matanya masih melirik pada sekujur tubuh Hayati yang terbaring lesu di atas katil. Pelik dirinya kerana tidak pernah dia melihat keadaan Hayati yang sakit seperti tadi. Adakah kesakitan itu berpunca daripada dirinya yang bertindak kasar terhadap gadis itu? Atau, Hayati mempunyai penyakit lain yang cuba dirahsiakannya? Hati Imran terus berteka-teki.
“Aya…Aya…awak tak solat subuh ke? Dah nak habis waktu ni,” Imran cuba membangunkan Hayati yang terbaring lemah sambil tangannya menepuk-nepuk bahu Hayati. Tiada jawapan dari wanita itu. kemudian, dia bersuara. Lemah.
“Awak pergilah solat. Saya tak boleh bangun lagi ni,”Hayati cuba mencipta alasan.
* * * * * * * * * * * * * * * * *
»»  BCE SMPAI ABES...

NO TITTLE PART 15

Seusai pasangan itu menjamu selera, mereka terus menunggu kepulangan Datuk Yahya dan Datin Maznah sambil menonton televisyen. Mata masing-masing menumpukan perhatian pada skrin televisyen. Tiada lagi kedengaran perbualan antara mereka. Suasana sunyi yang tercipta sekejap sahaja dipecahkan oleh bunyi telefon bimbit Hayati. Ada nada resah dalam sanubari Imran tika itu. Hayati pantas mencapai telefon bimbitnya yang berbunyi menandakan ada mesej masuk.
“Siapa tu?” Pantas soalan itu yang terpacul dari bibir Imran.
“Mak,”
‘Nasib baik bukan mesej dari Amar.’
Imran mampu menarik nafas lega.
“Mak tanya khabar. Mereka kirim salam dekat atuk dengan nenek dan abang jugak….err..awak jugak,” Cepat-cepat Hayati membetulkan kata-katanya yang tersilap ungkap. Merah padam muka Hayati tatkala pandangan tajam Imran dihantar tepat ke peta mukanya.
“Oo..kalau macam tu,cakap ajelah atuk,nenek dan ‘ABANG’ juga sihat walafiat,” Imran berkata selamba sambil matanya kembali terarah pada skrin televisyen. Dia sengaja menekankan perkataan ‘abang’. Dalam hatinya hanya Tuhan sahaja yang mengerti. Seperti pepohon sakura yang berbunga indah. Hatinya masih samar-samar. Dia tidak mengerti apakah tanda perasaan yang sedang sarat dalam jiwanya kini. Adakah ini yang dikatakan cinta? Adakah benar dia sudah terpikat pada gadis yang ternyata masih suci itu? Fikirannya buntu. Masih tiada jawapan kepada soalan yang sengaja dicipta oleh mindanya itu. Lamunan Imran melesap tatkala Hayati bersuara.
“Awak,saya nak balik kampung esok. Awak benarkan saya balik?” Hayati bersuara lambat-lambat. Hayati sengaja meminta kebenaran daripada Imran, suaminya itu terlebih dahulu kerana tidak mahu dikatakan isteri yang derhaka terhadap suaminya. Dia masih ingat akan sabda junjungan mulia,Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud, ‘Apabila seseorang wanita itu telah melakukan solat lima waktu dengan sempurna,berpuasa di bulan Ramadhan dengan cukup syarat,menjaga maruah diri serta mentaati suaminya, maka di akhirat kelak, dia akan diseru masuk ke dalam syurga dari arah pintu mana yang disukainya’.
“Boleh apa salahnya. Saya benarkan,”
Imran menjawab setelah berdiam seminit dua. Secarik senyuman terukir di tubir bibir gadis itu.
Jarum jam di dinding sudah mengjangkau ke angka sebelas. Namun,Datuk Yayha dan Datin Maznah masih belum pulang. Pastinya mereka masing-masing rancak berbual dengan rakan lama yang sudah lama tidak berjumpa.
Rasa kantuk sudah mula menjengah.
“Er..Imran,saya rasa baik awak yang tidur atas katil malam ni. Biar saya ajelah yang tidur atas sofa.
Tanpa membuang masa lagi,Imran terus merebahkan tubuhnya yang lemah di atas tilam yang empuk.
* * * * * * * * * *
»»  BCE SMPAI ABES...

NO TITTLE PART 14

Bunyi deringan telefon bimbit mengganggu tidurnya.Kain tuala kecil yang lembab dialihkan dari dahinya. Dengan lagak kemalas-malasan,Imran gagah mencapai telefon bimbit di atas meja. Satu mesej telah masuk ke dalam inbox telefon bimbit Hayati. Dirinya serba-salah sama ada untuk membaca atau tidak mesej tersebut. Namun, ketidaksabaran sudah mula menguburi tangkai hatinya untuk membaca mesej tersebut apabila tertera nama penghantar ialah Amar. Imran membeku diatas sofa. Pandangannya sekali lagi tertancap pada skrin telefon bimbit Hayati.
‘Hayati,sy mntak maaf skali lg dgn awk. Awak jgnlah simpan perkara tu dlm hati awk lg,ye? Klau awk tak dpt maafkan sy, sy akan terus rasa bersalah. Lagipun, sy bukanlah sengaja nak buat benda macam tu dekat awk sungguhpun sy ni terkenal dengan sikap playboy. Untuk pengetahuan awk, sy dah banyak berubah setelah mengenali awk,Hayati. Awaklah satu-satunya wanita yang berjaya merubah diri sy,’
Imran tidak dapat menipu dirinya sendiri. Dia akui bibit-bibit cemburu sudah mula bersarang dalam lubuk atmanya. Dilepaskan kembali telefon bimbit ke atas meja. Segala pening dan sakitnya sudah tidak dihiraukan lagi. Setelah memadam mesej yang dihantar Amar,dia bingkas bangun mencari sesusuk tubuh yang tidak kelihatan sejak dari tadi. Segenap ruang rumah dicarinya kelibat wanita itu. Di taman,tiada. Di bilik juga tidak kelihatan.Imran membawa kakinya melangkah ke dapur tatkala terdengarkan sesuatu. Tepat sangkaannya. Bibirnya segera dimaniskan. Imran mengatur langkah perlahan-lahan. Dengan pantas,Imran mencuit pinggang wanita itu.
Tindakan drastik Imran mengundang bahana pada dirinya sendiri.Hayati tersentak dan terkejut tanpa disengajakan,dia telah menumpahkan sesenduk kuah sup yang sedang menggelegak ke atas lengan lelaki itu. Apalagi,Imran meraung tanpa dipaksa membuatkan gadis itu serba salah.
“Imran! Saya ingatkan siapa tadi? Saya mintak maaf, saya tak sengaja…lagipun, awak yang cuit pinggang saya. Saya mintak maaf,”
Sudah berkali-kali perkataan maaf keluar menerusi bibir mungil wanita itu. Masakan tidak,habis separuh daripada lengan Imran merah dan melecur. Hayati pantas berlari mendapatkan sesuatu di dalam almari dapur. Imran mati kata tatkala melihatkan reaksi Hayati yang tekun menuangkan susu pekat manis F&N ke atas lengannya yang melecur. Sesekali terdengar jeritan kecil daripada Imran. Sakit. Hayati terus dengan tindakannya itu tanpa menghiraukan jeritan Imran. Lengan Imran yang melecur haruslah segera disapu susu supaya keadaan tidak bertukar lebih buruk. Imran curi-curi memandang wajah mulus gadis di hadapannya itu. Tekun.
“Awak ni…kenapa cuai sangat?”
“Maaflah Imran,awak yang buat saya terperanjat. Lagipun, saya tak sengaja,” Hayati cuba membela diri. Seronok pula Imran tatkala melihatkan Hayati yang terkial-kial membantu dirinya.
“Atuk dengan nenek mana? Dari tadi tak nampak-nampak pun?”
“Atuk dan nenek pergi ke majlis kenduri kesyukuran kawan mereka. Dah dekat sejam dah mereka pergi.Nenek suruh saya tengok-tengokkan awak ” Hayati ligat mengatur kerja-kerjanya setelah selesai menuangkan susu ke atas lengan Imran. Lauk-pauk disediakan di atas meja. Imran melabuhkan punggungnya di atas kerusi sambil matanya tidak lepas memerhatikan Hayati. Sesekali kedengaran Imran melepaskan batuk. Hayati muncul dengan segelas minuman sambil mengambil tempat duduk bertentangan Imran.
“Air apa ni?”
“Ni, air halia. Minumlah. Air halia ni boleh mengurangkan rasa panas dalam badan pastuh dapat menghilangkan batuk jugak,”
Imran memandang beberapa saat gelas tersebut sebelum meneguknya.
“Oh ya,Imran. Tolonglah hirup sikit sup ni. Sup ayam ni baik untuk pesakit demam macam awak ni,”
“Awak ni kan,pernah jadi bidan kampung ke sebelum ni?”
Imran hanya tersenyum sinis sambil memandang sekilas ke arah gadis itu. Inderanya dipantulkan semula ke tempat lain.
“Tak adalah. Mak saya selalu sediakan macam ni mase saya demam dulu.. Macam mana lengan awak? Rasa ok sikit?” Imran sedikit kaget namun membiarkan sahaja Hayati membelek-belek lengannya.
Hayati tidak mengendahkan sikap acuh tak acuh lelaki itu.Dia sudah masak benar dengan fiil Imran. Cuma, Hayati perasan akan penggunaan perkataan ‘awak’ sudah mula melekap pada bibir Imran sejak akhir-akhir ini. Perkataan ‘aku’ nampaknya kian terhakis.


*********************************
»»  BCE SMPAI ABES...

NO TITTLE PART 13

Datuk Yahya memandu sendiri ke pejabat lantaran Pak Hassan terpaksa pulang ke kampung atas sebab hal peribadi. Syarikat yang masih di bawah naungannya itu masih memerlukan khidmat keringat tuanya yang amat berpengalaman dalam bidang tersebut.
“Hai,Amar lama atuk tak nampak kau. Ke mana kau menghilang? Ke syarikat pun tak, ke rumah atuk pun jarang kau singgah? Jangan-jangan, kau ni ada pasang mana-mana perempuan kot?”
“Isy..atuk ni, tak adalah. Amar pergi bercuti beberapa hari ni…saja tenangkan fikiran,”
“Hai, pergi bercuti? Kalahkan Abang Im kamu yang berkahwin lagi?”
“Maksud atuk?” Amar menggeleng kepala tanda tidak mengerti.
“Yalah, Abang Im kamu yang berkahwin pun tak pergi makan angin, kamu pulak yang pergi bercuti,”
“Ha, macam mana dengan khabar Abang Im dengan isteri dia?” Amar cuba mengubah topik perbualan supaya Datuk Yahya tidak terus menyoalnya dengan perbagai soalan lagi. Hairan juga dengan abangnya yang tidak meluangkan masa untuk berbulan-madu dengan gadis pilihannya itu. Sekiranya sudah saling cinta-mencintai, sudah tentu pasangan itu akan meluangkan sedikit masa untuk bersama. Timbul di benaknya tatkala itu, jika dialah yang dapat menawan hati wanita yang telah selamat menjadi suri hidup abangnya itu, sudah tentu dia akan membawa isteri kesayangannya berbulan-madu di Paris,tidak pun di mana-mana tempat menarik di negara kulit putih itu.
Arghh!
Mungkin Abang Im dan isterinya mempunyai agenda tersendiri. Terdetik segumpal darah cemburu di dasar hati lelakinya terhadap Imran Hadi yang berjaya memiliki gadis secantik dan sesempurna Nor Izzatul Hayati. Dia tidak pasti apakah daya tarikan yang ada pada Imran Hadi sehingga Hayati sanggup menjadi suri hidup abang sepupunya itu walhal mereka baru sahaja berkenal-kenalan. Yang pasti, setelah peristiwa hitam yang berlaku tanpa kawalan antaranya dengan gadis itu,langsung dia mendapat khabar berita bahawa Imran Hadi dan Hayati saling cinta-mencintai dan bakal mendirikan rumah tangga. Justeru, dia membawa hati yang rajuk ke tempat yang bisa mendamaikan hatinya. Amar segera mengembalikan fikirannya yang menerobos ke segenap ruang ke alam nyata. Dia kembali menumpukan buah butir bicara atuknya.
“Abang Im dengan Kak Aya kamu sihat. Nanti kalau lapang, datanglah rumah atuk. Boleh borak-borak dengan abang dan kakak kamu tu.”
Masakan dia dapat menjejakkan kakinya ke rumah itu. Sedangkan dia sering dihantui oleh kesilapannya beberapa bulan yang lalu. Kesalahan yang belum tentu menjamin secebis kemaafan dari tuan empunya diri. Kesalahan yang di luar kawalan tetapi kini telah memusnahkan nilai sebuah persahabatan. Amar mengeluh panjang.
* * * * * * * * * * * * * *.
»»  BCE SMPAI ABES...

NO TITTLE PART 12

“Atuk,nenek, kami rancang nak pindah rumah dalam seminggu ni,”
Imran memandang ke arah Hayati yang duduk di sebelahnya.
“Kenapa cepat sangat nak pindah rumah?” Datuk Yahya memandang Imran lambat-lambat sambil meneguk secawan Nescafe.
“Yalah. Lagipun, Im dan Aya baru saja berkahwin kan? kenapa cepat sangat nak berpindah?”
Datin Maznah mencelah setelah kelihatan Imran dan Hayati masing-masing diam membisu.
“Hem..Aya ni nek. Dia yang tak sabar-sabar nak pindah rumah. Katanya,nak cuba hidup berdikari,”
“Eh, kenapa saya pulak? Saya tak cakap apa-apa pun,” Geram sungguh hatinya terhadap Imran yang tiba-tiba mempergunakan namanya untuk tujuan berpindah rumah.
“Tak boleh lagi, Aya, Imran. Atuk nak tunggu kau berdua ni lahirkan cicit untuk atuk dan nenek dulu,baru boleh pindah rumah,”
Hayati menelan air liur mendengarkan kata-kata Datuk Yahya. Sungguh dalam maksud yang diutarakan oleh atuk.
“Er.. taklah atuk ,nenek.Aya seronok tinggal dengan atuk dan nenek dekat sini. Dengan adanya atuk,nenek,taklah bosan sangat.Lagipun, tempat kerja dekat sikit dengan rumah ni,”
Hayati menghadiahkan senyuman semanis madu kepada atuk dan nenek untuk menggambarkan keihklasannya dengan berkata demikian. Dia melemparkan pandangan geram terhadap Imran. Matanya terjegil memandang lelaki yang sengaja membuat muka tolol itu.
“Hem..baguslah kalau macam tu. Lagipun, bukannya ada sape tinggal dekat rumah ni kalau bukan kamu berdua,”
Minum petang itu berakhir dengan kekecewaan di hati Hayati kerana tidak mendapat lampu hijau daripada Datuk Yahya dan Datin Maznah untuk berpindah rumah.
* * * * * * * * * * * *
“Awak, kenapa awak cakap saya yang nak pindah rumah?”
“Eh, bukan ke kau yang suruh aku cakap dekat atuk dan nenek, kau nak berpindah semalam?”
“Ya..betul..Eh,macam mana awak tahu? Bukan ke awak dah tidur semalam?”
Imran hanya tersenyum sumbing melihatkan reaksi Hayati.
“Oh,ya..terima kasihlah sebab kau selimutkan aku semalam tu. Menyusahkan kau je. Tapi,kalau ye pun muka aku ni kacak,janganlah kau usha aku lama-lama sangat,takut-takut nanti ada orang jatuh cinta pulak..,” Imran Hadi menjeling sekilas ke arah Hayati yang berada di sebelahnya.
Pipi Hayati terasa bahang. Malu kerana tindakannya semalam diketahui oleh Imran.Dia tidak senang duduk. Hayati buat-buat selamba seperti tidak ada apa yang berlaku semalam. Matanya terus tertancap pada isi kandungan Majalah Mingguan Wanita. Walhal,hatinya,hanya Allah sahaja yang mengetahui.
‘Ya Allah! Malunya aku! Aku ingatkan dia dah tidur semalam,rupa-rupanya dia tidur-tidur ayam aje. Kat manalah aku nak letak muka aku ni. Malu! Malu!’
“Kau betul-betul nak berpindah rumah ke?”
Fikiran Hayati kembali singgah pada buah bicara Imran.
“Yalah, saya nak berpindah rumah. Bolehlah kita tidur berasingan bilik,” dia menjawab setelah berdiam seminit dua.
“Kenapa? Kau takut tergoda dengan jejaka tampan macam aku ni ke?”
“Ei..awak ni, tolong sikit. Mana ada!”
“ Ei..awak ni, tolong sikit.Mana ada” Imran menjuihkan bibir mulutnya sambil menjungkit bahu mengejek percakapan Hayati.
“Sejak aku kenal kau ayat tu aje yang sering aku dengar dari mulut kau,”
“Isy…bencinya saya, awak ni,”
Imran terus- terusan ketawa dengan tingkah-laku gadis itu yang berjaya disakatnya.
“Kalau kau nak berpindah rumah, aku boleh tolong kau,” Imran berkata dalam sisa-sisa ketawa.
“Macam mana?” Hayati memandang serius ke arah lelaki di hadapannya itu. Halaman majalah yang terbuka diabaikannya sebentar. Dia menanti-nantikan idea yang bakal dilontarkan oleh buah fikiran lelaki itu.
“Jom..kita buat..” Imran semakin bergerak mendekati Hayati.
“Bu..buat ape?” Hayati kaget dengan tingkah-laku Imran yang tiba-tiba berubah.
“Buat anak. Bolehlah kita berpindah cepat?” mulut Imran lancar menuturkan perkataan tersebut membuatkan Hayati naik berang dengan tindakan lelaki itu.
“Awak jangan nak mengada-ngada, Imran!” Bentaknya keras.
“Aku dah offer, kau tak nak pula,”
“Sudah..sudah..Saya nak tidur,”
Imran ketawa besar melihatkan respon wanita itu.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
»»  BCE SMPAI ABES...

NO TITTLE PART 11

“Eh, kau… kau pergi tidur atas sofa. Aku tidur dekat atas katil malam ni.”
“Wah,banyak cantik. Awaklah yang sepatutnya tidur di atas sofa, saya tidur di atas katil,”
“Aku bukan cantik, aku handsome,kacak… ada fahaaam…?” Imran menuding jari telunjuk ke arah wajahnya. Hayati hanya mencebik ke arah lelaki itu.
“Eh,apa awak buat ni?” Hayati terkejut dengan tindakan Imran yang tiba-tiba melompat naik ke atas katil.
“Ape??Ingat kau aje ke yang nak tidur atas tilam empuk ni? Aku pun nak tidur atas katil ni jugak. Em..nikmatnya dapat tidur atas katil ni,” Imran mengiring ke kiri dan ke kanan tanpa menghiraukan perasaan Hayati yang turut berbaring di sebelahnya.
“Ei..awak ni,tak pelah, saya tidur di bilik tetamu ajelah,”
“Eh..Eh,jangan..jangan… nanti atuk dan nenek nampak, susah kita nak menjawab nanti,” Imran pantas menarik lengan Hayati supaya tidak berbuat demikian.
“Oklah, aku tidur di atas sofa, kau tidur di atas katil. Lagipun,aku tak sanggup jadi bantal peluk kau kalau aku tidur dengan kau. Huargh…aku mengantuk, aku nak tidur,”
Isy..mamat ni,berani dia ungkit balik kejadian yang lepas. Mulut dia ni memang tak ada insuran betullah. Menyesal aku puji kau jadi imam tadi.
“Ha..kalau dah macam tu, cepatlah awak minta kebenaran dekat atuk dan nenek untuk pindah rumah cepat. Bolehlah kita tidur berasingan bilik, selesa la sikit..”
Baru sekarang dia berani meluahkan ideanya walaupun sudah lama bait-bait perkataan itu ingin keluar dari mulutnya.
Jawapan kepada soalannya masih tidak terjawab. Hayati melangkah turun dari katil dan menuju ke sofa.
“Laa..dah tidur rupanya pak cik ni,”
Hayati mengambil selimut dari almari pakaian lalu menapak semula ke sofa tempat tidur Imran. Dengan cermat,Hayati menyelimuti tubuh lelaki itu yang mengerengkot kesejukan. Sebelum berlalu pergi,dia sempat menatap lama wajah lelaki itu. Pertama kali,dia berani berbuat demikian. Wajah lelaki yang berkulit agak cerah,dan berkumis nipis itu,hakikatnya memang mampu memikat mana-mana ‘bunga’.
‘Subhanallah,kacak juga lelaki ini….tapi,perangai dia aje yang tidak kacak’.
Hayati hanya mampu tersenyum kecil sambil menggelengkan kepalanya dek menyedari tindakannya yang mencuri pandang wajah lelaki itu ketika lelaki itu nyenyak dibuai mimpi.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
Hari ini, Hayati tidak bekerja kerana cutinya masih berbaki. Tetapi lelaki itu tetap berkeras mahu ke syarikat. Katanya,tidak boleh lepas tangan dalam urusan projek yang baru dikendalinya itu. Beginilah nasibnya apabila bersuamikan seorang jurutera .
Tidak ada masa untuk keluarga sendiri. Hayati sendiri kebingungan dengan apa yang terlintas di hatinya kini. Hakikatnya, dia tidak mampu menipu perasaanya sendiri.Dia merasakan seperti ingin selalu berada di samping Imran Hadi walaupun hatinya sering disakiti lelaki itu.
‘Mungkinkah lelaki itu juga berperasaan yang sama sekiranya aku turut terjun dalam karierku? Arghh..lelaki itu mungkin tidak kisah kerana aku tak ade erti baginya.’
Hayati segera mematikan lamunannya apabila terperasan dirinya diperhatikan oleh Imran sekali-sekala.
“Awak dah nak pergi kerja?”
“Erm..” Imran berkata sepatah tanpa memandang ke arah gadis di hadapannya. Dia membetulkan tali lehernya.
“Kalau macam tu, salamlah dulu,?”
Tanpa segan-silu,Hayati menghulurkan kedua-dua belah tangannya ke arah Imran. Timbul tanda-tanya di benak lelaki itu.
“Nak buat apa? Saya boleh sentuh awak ke? Bukankah kita ni bukan muhrim?” Imran memandang sinis.
‘La..pak cik ni, buat bodoh pulak…’Getus Hayati di dalam hati.
“Awak ni, saya halallah untuk awak,” Hayati menunduk malu.
“Er..oklah,” Imran menyambut tangan yang dihulurkan Hayati.
“Isy..!! ape ni Imran?” Hayati kurang senang dengan tindakan Imran yang mula menjalarkan tangannya melingkari pinggang Hayati. Jari-jemarinya berusaha melepaskan pelukan lelaki itu.Pinggang Hayati semakin erat dalam pelukan Imran tatkala kelihatan kelibat nenek. Niatnya untuk melawan tindakan lelaki itu serta-merta terhalang. Takut-takut mengundang curiga di hati nenek lantas status perkahwinannya dengan Imran Hadi akan terbongkar.
“Bukankah awak kata awak ni halal untuk saya,?”
Terbutang luas matanya memandang tepat ke dalam mata lelaki yang sedang memeluknya. Kerongkongnya terasa sempit untuk berkata-kata. Terasa saliva mengalir perlahan pada tekaknya yang kering.
Sebelum berlalu pergi, jari telunjuk Imran sempat mencecah dahi Hayati membuatkan gadis itu mengaduh kesakitan.
“Hei, apa jentik-jentik orang ni?!”
Imran hanya tersenyum geli hati terhadap gadis itu yang berjaya dikenakannya sekali lagi.
Walaupun Imran sudah berlalu pergi,namun,nada kegetaran masih bersarang dalam hatinya disebabkan perbuatan Imran sebentar tadi. Pertama kali, Imran bertindak berani dengan menyentuh tubuhnya.
* * * * * * * * * * *
»»  BCE SMPAI ABES...

NO TITTLE PART 10

Datuk Yahya sekeluarga mengambil angin di halaman taman yang dihias indah landskapnya. Hari-hari cuti begini, beliau sekeluarga kerap menghabiskan masa dengan beriadah di taman yang terletak di hadapan rumah banglonya itu. Hayati dan Imran tidak terkecuali daripada aktiviti riadah tersebut. Imran dan Hayati melabuhkan punggung di atas kerusi batu.
“Encik Imran, napa awak cakap saya nak berhenti kerja dekat atuk ngan nenek? Kenapa tak bincang dulu dengan saya?” Hayati menghamburkan soalan yang setelah sekian lama membeku di dalam kotak fikirannya. Hayati berpeluang berbuat demikian memandangkan nenek dan atuk leka memberi makan ikan-ikan di dalam kolam yang terselindung daripada lokasi kedudukan mereka. Hatinya panas.
“Isy..jangan biasakan diri kau tu dengan panggil aku ‘encik’, faham? Berapa kali aku nak cakap daa?”
“Oklah. Encik…eh… Imran. Tapi,awak tahukan, betapa pentingnya kerjaya bagi saya. Saya baru nak bermula dalam kerjaya saya ni,tapi awak dah musnahkan karier saya. Lagipun,kita dah berjanji tak akan masuk campur urusan masing-masing,kan?” Hayati bersuara memujuk.
“Oklah..Oklah..nanti aku cakap dengan atuk dan nenek. Yang kau tu, kenapa panggil nama aku ‘Imran’ macam tu je, depan atuk dan nenek. Mana boleh,nanti apa pula kata orang tua tu nanti?”
“Habis tu, awak nak suruh saya panggil awak ape? Baby ?Darling?Sweetheart? Saya ni bukannya hipokrit macam awak tu, Encik Imran Hadi,” Hayati mengerling ke arah Imran yang hanya tersenyum. Benci sungguh hatinya dengan gelagat dan tingkah-laku lelaki itu. Patutlah sampai sekarang tak ada buah hati. Hayati sempat mengutuk lelaki itu di dalam hati.
“Ehem, aku ni pun bukanlah hipokrit sangat,Cik Nor Izzatul Hayati,oii,” Imran sengaja meniru Hayati yang menyebut nama penuhnya. Dia lantas bangun dari kerusi lalu merapatkan tubuhnya dengan Hayati yang duduk di hadapannya.
“Isy..apa lagi ni Encik Imran,?” Hayati kurang senang dengan pandangan tajam Imran yang mencucuk ke dalam anak matanya. Imran mendekatkan wajahnya dengan wajah gadis itu. Dia tersenyum galak menatap wajah Hayati yang berjarak hanya beberapa inci sahaja. Hayati masak benar akan tindak-tanduk lelaki itu namun cuba dikawal emosinya.
“Isy..nanti atuk dengan nenek nampaklah,isyyyy!!!” Hayati terdorong ke belakang,namun terhalang oleh bahu kerusi. Dengan sepantas kilat, Hayati menolak dada bidang Imran . Serta-merta, lelaki itu jatuh terduduk di atas tanah. Geram sungguh hatinya dengan tindakan oleh gadis yang disangka lemah itu.
“Woi, jaga kau,Hayati. Aku akan balas dendam,” Imran segera bangun lalu mengejar Hayati yang sudah mula menapak mahu melarikan diri. Datuk Yahya dan Datin Maznah hanya tersenyum sambil menggeleng kepala melihatkan keletah pasangan tersebut.
* * * * * * * * * * * * *
“Awak tak siap lagi ,Encik …er..Imran?Waktu Maghrib dah lama masuk ni,”
“Kau pergilah turun dulu, nanti aku sembahyanglah,”
“Imran, waktu solat jangan dilewat-lewatkan. Lebih baik kita sembahyang berjemaah bersama-sama. Penting untuk kesejahteraan seisi keluarga serta menambah cahaya di segenap ruang rumah yang besar ini,” Imran berhenti sejenak memikirkan kata-kata Hayati yang berjaya mengetuk gegendang hatinya. Sebelum dia mengahwini perempuan itu,tidak pernah dia mengambil berat soal kewajipan lima waktu ini. Matanya melirik pada gerak langkah Hayati sehingga gadis itu hilang dari pandangan.
Hayati yang sudah siap berpakaian telekung turun ke bilik sembahyang untuk solat berjemaah Maghrib seterusnya solat Isyak berjemaah bersama-sama atuk dan nenek.
“Mana Imran, Aya,?”DatukYahya mengerutkan dahi tatkala tidak kelihatan kelibat Imran.
“Imran…er…Abang Imran…”
Belum sempat Hayati menyudahi kata-katanya,kelihatan Imran sudah terpacak di depan pintu. Pandangan mereka sempat bertautan.
Tenang dan khusyuk sekali Hayati dalam ibadah yang diimami oleh Imran sendiri. Walaupun surah –surah yang dibacakan oleh Imran merupakan ayat-ayat lazim yang pendek, tetapi Hayati tetap merasa puas. Lelaki ini tidaklah seteruk yang disangkanya selama ini.
* * * * * * * * * * * *
»»  BCE SMPAI ABES...

NO TITTLE PART 9

Hayati terduduk di birai katil. Letih. Sehari suntuk dia diraikan sebagai raja sehari. Namun gelaran itu tiada erti bagi dirinya. Sejenak difikirkannya tentang masa depan yang belum pasti. Perkahwinan yang telah selamat direstui oleh kedua-dua belah pihak malangnya tidak pada si mempelai sendiri. Adakah dia akan diceraikan setelah beberapa bulan berikutnya? Ataupun beberapa hari kemudian dia akan di ceraikan? Pandangannya sempat terarah pada dekorasi bilik mempelai. Hasil sentuhan pereka yang menjadi pilihan Datuk Yahya dan isterinya,Datin Maznah sungguh unik dan menjadikan bilik yang sedang di dudukinya itu tampak berseri persis kamar beradu Sang Raja.
Pintu bilik dikuak dari luar.Imran menjengulkan kepalanya ke dalam bilik. Lantas kaki di susun atur memasuki bilik tersebut sambil menutup semula daun pintu. Hayati merasakan jantungnya sudah berdegup kencang seperti baru menamatkan larian 200 meter.
“Kenapa kau tak tidur lagi?”
“Saya tak mengantuk lagi. Lagipun,awal lagi ni,Encik Imran” Hayati cuba menyembunyikan gelodak di jiwanya.
“Oh…kau tunggu aku ke? ”
“Ish…tolong sikit. Mana ada!”
“Kau ni, depan atuk dan nenek jangan panggil nama aku ‘encik’,”
Hayati hanya mengangguk mengiakan kata-kata lelaki itu. Dia masih ingat lagi akan perjanjian mereka berdua sebelum berkahwin.
Imran terus berlalu ke almari pakaian. Dengan lagak bersahaja, dia melucutkan baju dari tubuhnya. Hayati serta-merta melarikan pandangannya daripada memandang lelaki itu. Tidak sanggup dirinya untuk menatap tubuh lelaki itu yang kini hanya memakai tuala.
“Kenapa kau palingkan muka? Ape? Bentuk badan aku ni menggoda kau ke?”
Hayati mengetap bibir. Geram.
“Eii…tolong sikit ye. Siapa sudi duduk dalam bilik ni dengan keadaan awak yang menggerunkan tu?”
“Oh, aku menggerunkan kau ye?” Imran sengaja melangkah ke depan merapatkan tubuhnya dengan Hayati yang sedang melabuhkan punggungnya di atas katil. Hayati terkesima. Imran merapatkan lagi kedudukannya dengan gadis itu. Hayati kaget.Hidung mereka hampir bertautan. Hayati terdorong ke belakang.
“Ishh…ingat sikit ye, tentang perjanjian kita dalam perkahwinan ni,Encik Imran” Hayati cuba mengingatkan lelaki itu supaya tidak bertindak jauh.
“Ha..sekarang macam mana? Menggerunkan? Taupun takut”
Jari telunjuk Imran sempat menyapa dahi licin Hayati sebelum melangkah ke bilik air.
“Ish..sakitlah,”
Sisa-sisa ketawanya masih melekat di bibir. Dia geli hati kerana wanita itu berjaya dikenakannya.
‘Berani betul dia jentik dahi aku? Suka hati mak bapak dia aje jentik anak orang.’
Hayati menggosok-gosok dahinya yang kesakitan.

Seusai sembahyang Isyak,Hayati mula berbaring di atas tilam yang empuk. Matanya mula terasa berat minta ditidurkan. Ditambah pula penghawa dingin yang sejuk hingga menusuk tulang menambahkan lagi kelazatan tidurnya malam itu.
Hayati memeluk bantal peluk di sisinya. Hairan dirinya, sejak bila pula ada bantal peluk di sisi? Seingatnya, bantal panjang itu sudah diletakkan di atas sofa untuk digunakan oleh Imran. Namun, semua itu tidak lagi Hayati endahkan dek kantuk yang menyelubungi diri tatkala itu.
Hayati mengiring ke kiri dan sekejap ke kanan. Bunyi jam loceng menghambat mimpinya ke alam nyata. Walaupun kantuk masih bersisa, Hayati tetap gagah menarik selimut yang sedang melingkari tubuh. Tanggungjawabnya pada Yang Esa tidak boleh diabaikan.Matanya terpejam- celik seketika tatkala terpandangkan ‘bantal peluk’ di sebelahnya.
“Imran!! Bangun!! Siapa suruh awak tidur di tepi saya?” Hayati menjerit kuat sambil menampar-nampar tubuh sasa lelaki itu yang sedang raghib diulit mimpi.Imran yang terkejut mendengarkan sergahan Hayati bangun terpinga-pinga sambil menggaru-garu kepalanya.
“Kenapa ni? Kan ke masih awal lagi ni,” Imran berkata malas sambil menutup mulutnya yang sedang menguap.
“Awak…siapa suruh awak tidur di sebelah saya? Siapa suruh? Hah?!!”
“Eh, diamlah! Nanti atuk dengan nenek dengar suara kau terjerit-jerit macam ni,” Imran bertindak drastik menutup mulut Hayati dengan kedua-dua belah tangannya.
“Apa diam-diam?” Hayati berusaha meleraikan pautan sasa lelaki itu yang sedang menekup mulutnya.
“Oittt kita dah berjanji lepas berkahwin tanak ada hubungan tu kan? Tapi, awak dah…”
“Eh, aku cuma tidur atas katil ni aje tau?Aku tak buat apa-apa pun. Kau tu, kenapa peluk aku dengan erat semalam? Lagipun, aku ni bukannya gila lagi nak sentuh badan kau tu,” Imran berlalu pergi ke bilik air meninggalkan Hayati terkulat-kulat seorang diri. Segala kantuknya kini tinggal sisa dek mendengarkan jeritan Hayati di awal pagi begini.
“A…apa awak cakap? Saya peluk awak semalam?”
Rupa-rupanya bukan bantal peluk yang berada dalam dakapannya semalam tetapi tubuh Imran yang didakapnya. Malu sungguh dirinya dengan lelaki itu.
‘Arghh!!Malu!!’
“Pagi, datuk,” Imran menarik kerusi lalu duduk bersebelahan datuknya.
“Pagi,” Datuk Yahya tersenyum ke arah cucu sulungnya itu dan menumpukan semula perhatiannya terhadap akhbar hari ini. Di dapur, Datin Maznah bersama-sama Hayati menghidangkan sarapan pagi. Masing-masing mengambil tempat duduk setelah makanan siap terhidang di atas meja yang diperbuat daripada kayu oak gelap itu.
“Em..sedapnya nasi goreng ni. Siapa yang masak?”
“Siapa lagi yang masak,bang? Si Aya ni la,” Datin Maznah memandang sambil tersenyum ke arah Hayati yang berada di sebelahnya itu. Hatinya kembang semangkuk tatkala dipuji oleh Datuk Yahya kerana berjaya menghidangkan sajian nasi goreng kampung bercili yang sedap.
“Oh ya, macam mana semalam?” Datuk Yahya mengenyitkan matanya separuh berbisik ke arah Imran yang duduk di sebelahnya..
“Macam mana apa ,atuk?” Imran berpura-pura tidak mengerti.
“Apa yang bising-bising pagi tadi tu,?” Soalan yang keluar dari mulut Datin Maznah membuatkan Hayati tersedak ketika menghirup teh O panas. Imran dan Hayati saling berpandangan.
“Er…itu..itu…” Imran mencari-cari jawapan kepada neneknya.
“Oh…Imran ni nek. Dia terjatuh katil,” Serentak itu,Datin Maznah dan Datuk Yahya ketawa tidak henti-henti mendengarkan kata-kata Hayati .
“Isy,isy…ganas jugak cucu atuk ni,ye?” Datuk Yahya saling berpandangan dengan cucu sulungnya itu.
Imran terkejut tatkala mendengarkan jawapan yang terkeluar dari bibir mungil gadis di hadapannya itu. Imran mengetap bibir sambil menjegilkan kedua-dua bebola matanya ke arah Hayati. Tanda dia akan membalas dendam terhadap gadis itu.
Hayati masih ketawa mengejek ke arah Imran yang terkumat-kamit memperkatakan sesuatu.
“Er, atuk, nenek,Im ingat, Im nak suruh Aya berhenti kerja laa. Boleh dia tolong-tolong nenek dekat rumah ni,haa,nenek pun,taklah sunyi sangat…kn?”
Hayati yang dari tadi bergelak-ketawa serta-merta bertukar reaksi. Segala gelak –tawa yang singgah di bibirnya kini terbang melayang entah ke mana. Hatinya bertambah panas tatkala Imran memandang secara mengejek ke arahnya.
“Im dah berbincang dengan Aya,?”
“Sudah, nek,”
“Tapi, Imran….”
“Ayang.kite kan dah bincang,dah setuju pun dengan cadangan abang semalam kan?”
Hayati mati akal. Mahu dilawan, nenek dan atuk berada dihadapannya. Pandainya lelaki ini berkata-kata dan mencipta satu pembohongan yang bakal memusnahkan kerjayanya.
‘Ayang? Abang?Amboiiii sesedap kek coklat indulgence ko cakap ekh?Haisyyy ni tak boleh jadi nih…’ Hayati semakin tidak berpuas hati dengan Imran Hadi yang berani memanipulasikan hidupnya.
* * * * * * * * * * * * * * * *
»»  BCE SMPAI ABES...

NO TITTLE PART 8

“Amboi, anak mak ni, kerja sebulan dua, balik-balik terus mak dapat menantu. Cepat sungguh jodoh dia, langkah bendoi abang dia,”
“Hem..dah jodoh mak, nak buat lagu mana? Benda baik tak patut ditangguhkan. Betoi dak mak?” Hayati masih tidak melupakan slanga Kedahnya. Riak wajahnya yang menyimpan seribu kesedihan dan kelaraan cuba disembunyikan baik-baik jauh di lubuk hatinya supaya tidak timbul racun syak-wasangka daripada naluri seorang ibu.
Dia memandang dalam wajah ibu yang tercinta yang raghib meriaskan wajahnya. Sebelum ini,Puan Naemah banyak mendapat undangan untuk meriaskan wajah si anak gadis yang bakal bergelar raja sehari,tapi pada hari bersejarah ini, tibalah masanya untuk berkhidmat kepada anaknya sendiri pula.“Abang, Aya berterima kasih dengan abang sebab menjaga rahsia ni sampai bila-bila. Aya tak nak mak serta saudara-mara kita tahu tentang ni. Aya kasihan mereka kalau tahu Aya sebenarnya kena tangkap basah dengan lelaki yang Aya sendiri pun belum kenal sepenuhnya.”
“Abang sebenarnya kasihan dengan adik abang ni. Abang tahu Aya tak bersalah. Tapi, mampukah Aya hidup dengan lelaki yang Aya sendiri pun masih belum mengenalinya terlebih dahulu,?” Ada garis-garis kerisauan pada dahi Abang Hadi, abang kandungnya itu.
“Insya-Allah, Aya akan cuba abang,”
Hayati sempat berbual-bual dengan Abang Hadi sebelum dirinya dipersandingkan di atas pelamin. Dia bersyukur kerana masih memiliki abang kandung yang memahami dirinya. Segala masalah sering dikongsi bersama Abang Hadi. Dirinya berasa lebih bersalah sejurus melihatkan wajah ibunya yang berseri-seri kegembiraan sempena menyambut hari yang bersejarah dalam hidupnya itu. Mendirikan rumah tangga dengan lelaki yang tidak pernah dicintainya bukanlah impian dan angan-angannya selama ini.
Majlis perkahwinannya diadakan di rumahnya sendiri memandangkan Imran Hadi merupakan anak tunggal yang hanya mempunyai datuk dan nenek sahaja, iaitu Datuk Yahya dan Datin Maznah. Hayati juga baru mengetahui bahawa ibu- bapa Imran Hadi telah meninggal dunia empat tahun yang lalu dalam nahas kapal terbang di Indonesia. Rombongan di pihak lelaki diwakili oleh Datuk Yahya sendiri serta menantunya,Datin Kareena yang merupakan ibu kepada Amar Irsyad. Hayati sempat memandu matanya memantau akan kehadiran Amar Irsyad,lelaki yang menyebabkan perkahwinannya yang tidak dirancang terjadi. Kelibat Amar tidak kelihatan di majlis tersebut.
* * * * * * * * * * * * *
Berita perkahwinan antara abang sepupunya dengan gadis yang mula dicintai amat mengejutkan Amar. Sudah berkali-kali Amar Irsyad memohon kemaafan di atas keterlanjurannya pada malam itu malah sanggup bertanggungjawab di atas perbuatannya ,tetapi gadis itu sering mengelak setiap kali hal itu cuba dibangkitkan. Dia pasrah gadis itu jatuh ke tangan abang sepupunya.
* * * * * * * * * * * * *
Majlis yang bersederhana tetapi meriah itu turut dihadiri oleh staf-staf pekerja Syarikat Bina Enterprise. Hayati sendiri yang meminta supaya majlis walimahnya diadakan secara sederhana sebagai memenuhi tuntutan oleh junjungan mulia, Nabi Muhammad S.A.W. Dia ingin mencontohi walimah puteri Rasulullah dengan Ali B. Talib yang hanya mampu menjualkan baju besi untuk membiayai perkahwinan mereka.
Kedua-dua mempelai itu bagai pinang dibelah dua tatkala digandingkan di atas pelamin. Hayati dipakaikan busana rona kuning lembut yang membangkit seri terutama baginya yang berkulit cerah kekuningan. Sedondon dari hujung rambut ke hujung kaki dengan sulaman dari manik yang diperincikan secara teliti. Rekaan berkonsepkan jubah Thailand diserikan lagi dengan padanan layah dan tiara keemasan membangkitkan seri si pengantin perempuan.
* * * * * * * * * * * *
»»  BCE SMPAI ABES...

NO TITTLE PART 7

Malam ini Hayati keseorangan lagi. Abang Hadi terpaksa pulang lewat atas urusan kerjanya. Setelah sembahyang Isyak, dia berkira-kira untuk menonton televisyen,namun niatnya itu terhalang tatkala loceng rumahnya ditekan seseorang. Hayati berlari anak untuk melihat siapakah gerangan yang menekan loceng itu melalui cermin pada pintu. Hairan juga, kerana tiada sesiapapun yang kelihatan. Namun,Hayati memberanikan diri untuk membuka pintu.Terkesima seketika Hayati sebaik sahaja pintu dikuak kerana di hadapannya kini terbaringnya seorang lelaki di muka pintu.“Amar?!”
Hayati menyapa lembut bahu lelaki itu, namun, dia terbau sesuatu. Amar telah meminum minuman syaitan.
“Amar, kenapa awak datang sini? Kalau orang nampak awak dekat rumah saya, nanti orang pandang serong,”
Hayati cuba berbual dengan lelaki yang sudah tidak sedarkan diri itu.
“S..sa..saya n..ak jumpa a..wak,” Amar Irsyad tersengih sambil tangannya cuba menyentuh muka Hayati, namun sempat dihalang oleh gadis itu.
“Macam nilah, biar saya hantar awak ke bilik awak,”
Nasib baiklah Hayati pernah diberitahu oleh Amar sendiri akan alamat biliknya yang terletak dalam satu bangunan dengannya. Sesampainya di bilik Amar, Hayati terus membaringkannya di atas katil. Sungguh pun begitu, Hayati sedikit janggal masuk ke dalam rumah lelaki yang bukan muhrim dengannya. Dia berharap benar agar tiada sesiapa yang ternampak akan dirinya tika itu. Takut-takut dirinya disalah anggap pula. Malangnya,ada seseorang yang telah ternampak akan perbuatannya tanpa dia sedari.
Dia tidak berani berlama-lama di situ. Setelah menyelimuti Amar Irsyad, dia langsung menapak untuk keluar dari rumah lelaki itu. Belumpun sempat dia meneruskan langkah, tiba-tiba, dia merasakan ada sesuatu yang sedang memaut pinggangnya. Sepantas kilat ditepis pautan tersebut.
“A..Amar? Apa awak buat ni?” soalannya tidak mendapat jawapan sebaliknya dirinya terus dihumban ke atas katil.
“Awak kenapa ni,Amar? Tolonglah sedar akan perbuatan awak ni. Awak tengah mabuk ni,” Hayati bersura keras tetapi keras lagi tindakan Amar Irsyad terhadap dirinya. Terus kerongsang tudungnya dileraikan lalu tudungnya direnggut dengan kasar.
“Saya nak tengok kecantikan sebenar diri awak…Ha..yati,” dalam keadaan separuh sedar, Amar Irsyad terus mengasari dirinya. Bertalu-talu bibir lelaki itu mencumbui leher dan bibirnya. Hayati cuba menghalang perbuatan Amar dengan sedaya- upaya tenaganya. Namun, apalah kudrat seorang wanita sepertinya. Dalam keadaan sarat dengan kegentingan itu, Hayati bertambah kaget,namun dia cuba merayu agar lelaki itu melepaskannya.
“Tolonglah Amar,jangan buat saya macam ni. Lepaskan saya…lepaskan saya…Tolonglah awak sedar akan perbuatan awak ni,Amar…”
Amar yang sudah hilang pertimbangan itu cuba membolosi butang blouse yang dipakai Hayati. Satu persatu butang bajunya cuba dibolosi lelaki yang sedang menggila ditiup semilir syaitan. Hayati mengumpulkan seluruh tenaga dan kudratnya lalu menumbuk dan menolak tubuh lelaki yang sedang menindih dirinya itu. Ternyata,usahanya sia-sia.Hayati hanya mampu berdoa dalam hati memohon bantuan dari-Nya.
Tiba-tiba pintu dikuak kasar dari luar.
“Ya Allah, Am! Apa Am dah buat dekat Cik Hayati ni!?”
Amar yang separuh sedar itu memberhentikan serta-merta perbuatan terkutuknya apabila disergah oleh abang sepupunya sendiri. Imran Hadi pantas meluru ke arah Amar Irsyad.Berlaku tumbuk –menumbuk antara dua beradik sepupu itu,namun kemenangan ternyata di pihak Imran Hadi. Amar Irsyad jatuh tersungkur menyembah bumi.Tanpa ditunggu-tunggu lagi, Imran Hadi terus menelefon pemandunya,Pak Hassan supaya membawa pulang Amar Irsyad ke rumah ibunya sendiri.
“Kau tak apa-apa ke,?”Hati kecilnya tidak dapat menafikan kecantikan wanita yang sebelum ini tertutup kini terdedah di hadapannya. Rambutnya yang panjang mengurai serta warna kulit yang kemerah-merahan akibat tangisan wanita itu sedikit-sebanyak menggetarkan jiwa lelakinya.
Hayati menangis dalam sendu mengenangkan nasibnya. Perasaan malu bercambah dalam dirinya tatkala itu.Dia malu dengan lelaki yang sedang berdiri di hadapannya kini. Dia malu untuk berdepan dengan lelaki itu dalam keadaan begini.Hampir-hampir maruahnya tergadai di tangan seorang lelaki yang diracuni minumam syaitan.
Imran Hadi merapatkan kedudukannya mendekati Hayati yang masih terduduk lesu di atas katil. Hayati mengelak. Imran Hadi mengerti lalu beralih semula. Imran Hadi berdiri sambil menyandarkan bahunya di balik pintu.
“Itulah, aku dah cakap dekat kau. Jangan percaya sangat dengan lelaki ni. Yang kau pergi tolong dia tu kenapa?”
“Macam mana awak tahu?Saya cuma nak tolong dia aje sebab dia mabuk depan rumah saya. Tak sangka pula nak jadi macam ni,” Hayati masih tegar berbicara dalam sendu.
“Nasib baiklah aku terasa nak ekori kau berdua,kalau tidak,hmm,tak tahulah apa dah terjadi dekat kau,” nada simpati mula menyengat tangkai hati lelaki itu. Tiba-tiba pintu diketuk dari luar beserta salam. Imran Hadi berkira-kira itu mungkin Pak Hassan yang berpatah balik atas alasan tertentu. Sambil salam dijawab, Imran Hadi menarik daun pintu. Tetapi alangkah terkejutnya dia apabila berdiri di hadapannya kini empat orang lelaki yang berpakaian songkok hitam dan putih. Lidahnya kelu. Diam membisu. Dia mengerti benar akan kehadiran empat orang lelaki itu.
“Kami dari Pejabat Agama. Kami menerima laporan bilik ini sering menjadi tempat maksiat,” salah seorang daripada mereka memberitahu akan tujuan kedatangan mereka sambil meluru masuk ke dalam bilik tersebut.
Hayati diam membingung. Tangannya yang ligat memasang kerongsang pada tudung serta-merta terjatuh lesu.Terasa dirinya kini sedang dihempap batu besar. Gemuruh jantungnya tidak tertahan. Dia merasakan darah sudah kering dari mengalir di dalam tubuhnya.Di wajahnya kini hanya terbayangkan wajah mak yang tercinta. Tanpa dipaksa, air matanya berguguran lagi. Dia telah ditangkap khalwat bersama Imran Hadi, lelaki yang amat dibencinya sebelum ini dan kini telah menyelamatkan maruahnya. Walaupun cuba diterangkan berkali-kali, pihak mereka tetap tidak mempercayai akan perkara sebenar memandangkan pada ketika itu, keadaan dirinya sendiri yang agak terdedah manakala keadaan Imran Hadi yang tidak terurus setelah bertumbuk dengan Amar Irsyad. Sebenarnya, pihak Jabatan Agama telah beberapa kali menerima laporan tentang bilik tersebut yang merupakan tempat Amar Irsyad bermalam. Amar Irsyad yang terkenal dengan sikap playboynya itu sering membawa keluar masuk perempuan ke biliknya. Malangnya,implikasi serbuan yang dilancarkan oleh Jabatan Agama itu terpalit pada diri mereka berdua.
Akhirnya, Hayati terpaksa menerima hakikat bahawa dia terpaksa dikahwinkan dengan lelaki yang tidak pernah dicintainya itu oleh Jabatan Agama dengan diwalikan oleh Abang Hadi sendiri. Semua orang tidak tahu akan hakikat sebenar melainkan abang Hadi sendiri. Puan Naemah telah bermati-matian ditipu oleh Hayati sendiri dengan mengatakan bahawa mereka berdua saling mencintai dan telah terpikat dengan budi-pekerti masing-masing.
* * * * * * * * * * * * *
»»  BCE SMPAI ABES...

NO TITTLE PART 6

Mesyuarat bagi membincangkan projek pembinaan yang didokong oleh Syarikat Bina Enterprise sedang berjalan di bilik mesyuarat utama dengan diketuai oleh presiden syarikat tersebut iaitu Datuk Yahya.
“Kita telah berjaya mendapatkan satu lagi kontrak pembinaan rumah teres di kawasan yang sedang membangun di daerah Kuala Selangor. Jadi, Imran, tolong bentangkan pelan pelaksaan projek ini,” Datuk Yahya memulai agenda mesyuarat pada tengah hari itu selaku presiden Syarikat Bina Enterprise.
Imran Hadi bangun dan membuka laptopnya untuk dibentang kepada ahli jawatankuasa mesyuarat melalui LCD.
“Dalam kepesatan perkembangan reka bentuk dan seni bina tidak kiralah sama ada rumah atau bangunan sekalipun,kita semakin lupa tentang ciri seni bina sendiri. Bidang seni bina kita bagaikan hilang identiti diri. Ciri tradisional lambang masyarakat Melayu perlu diangkat elemen tertentu sebagai ikon seni bina Malaysia yang akan diketengahkan oleh Syarikat Bina Enterprise. Justeru,Syarikat Bina Enterprise akan menghasilkan rumah teres yang mempunyai konsep rumah Melayu tradisional bagi mengatasi semua masalah yang dialami rumah teres yang sedia ada. Antara ciri tradisional yang yang ingin diaplikasikan dalam ciptaan kali ini ialah ruang pemisah antara ruang lantai dan tanah atau dipanggil raised floor dan lubang pada bahagian dinding atau lantai yang boleh diubah suai dikenali sebagai floor louvers.” Imran Hadi menerangkan satu-persatu sambil menunjukkan pelan tersebut kepada ahli mesyuarat.
“Bagi menerangkan lebih lanjut, saya serahkan kepada Encik Amar Irsyad untuk membentangkannya.
“Untuk pengetahuan anda semua, cara tradisional ini dikekalkan kerana dapat mengatasi masalah seperti pengudaraan,pencahayaan,keselesaan dan sosial. Rumah teres kali ini akan menggunakan konsep lantai yang mempunyai lubang atau ruang yang akan dimodenkan . Ruang floor louvers ini boleh diubah untuk ditutup atau dibuka menggunakan selak dari dalam rumah supaya pengaliran udara dari luar dan dalam boleh berlaku. Aplikasi elemen tradisional ini dapat mengatasi masalah ruang panas dan istimewanya tidak lagi perlu menggunakan pendingin hawa yang ternyata agak mahal. Lagipun, tidak semua penghuni mampu membeli penghawa dingin,” Amar Irsyad yang rancak memperkatakan pelan seterusnya mengambil tempat duduk setelah selesai penerangannya.
“Seterusnya, satu lagi elemen tradisional yang ideanya akan dikemukakan oleh Cik Nor Izzatul Hayati. Dipersilakan Cik Hayati,”
Dengan bangga ,Imran Hadi mempelawa anak buahnya untuk mengemukakan idea.
“Saya mencadangkan supaya pembinaan rumah teres ini menggunakan Breathing Door,”
“Breathing Door? Can you explain deeply,Miss Hayati,” Pengerusi sempat mencelah.
“Breathing Door merupakan dinding berlubang yang berupaya membenarkan udara masuk biarpun pintu ditutup, Datuk. Lubang boleh ditutup dan dibuka menggunakan selak. Ianya dibuat daripada PVC dan memenuhi piawaian pintu keselamatan kebakaran ditambah lagi harganya yang murah dan berpatutan. Pintu ini praktikal untuk enam perkara. Iaitu,pengudaraan, tahap hingar atau akustik yang baik;kekuatan dari struktur binaan;serba guna dan pilihannya pelbagai;iluminasi cahaya yang baik;dan berestetika.” Hayati tersenyum puas setelah dapat mengutarakan ideanya itu. Nasib baik ada Abang Hadi. Dapat juga dia berkongsi idea dengan abangnya itu.
Pengerusi kelihatan berpuas hati dengan usul yang dikemukakan Hayati . Usaha ke arah projek tersebut telah mendapat kata sepakat dan berjalan lancar. Majlis mesyuarat kemudiannya bersurai.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
»»  BCE SMPAI ABES...

NO TITTLE PART 5

Sudah dua bulan Hayati bekerja di syarikat BINA Enterprise ini. Syarikat yang sedang giat menempa nama dalam arena kejuruteraan ini telah ditubuhkan pada tahun 1996 oleh Datuk Yahya. Banyak pengalaman dan ilmu yang telah dipelajarinya terutamanya daripada Encik Wafi. Encik Wafi yang berusia separuh abad itu merupakan pembantu Associate Architect dan amat disenangi oleh Hayati. Namun, dia masih belum mampu menyesuaikan diri dengan pengarah urusan,Encik Imran Hadi. Bukan dirinya tidak mahu cuba berbaik-baik dengan cucu sulung kepada Datuk Yahya itu, tetapi lelaki itu yang terlalu ego dan sukar didekati. Dia turut mengenali Encik Amar Irsyad, lelaki yang menegurnya pertama kali ketika di dalam lif,yang juga merupakan adik sepupu Imran Hadi. hubungan antara dua orang adik-beradik sepupu itu amat kukuh dan akrab walaupun fiil mereka amat jauh berbeza. Yang si adik suka berfoya-foya,manakala si abang pula amat serius dalam kerjaya dan tidak mementingkan hubungan dengan berlainan jantina.
‘Huh…’Terlepas keluhan kecil dari bibirnya sambil menggeleng-gelengkan kepala.
“Hai,Cik Aya. Apa yang dimenungkan tu? Teringatkan boyfriend ke?”
“Ish…terkejut saya,Encik Wafi ni. Tak adalah….”
“Mana boleh takde orang macam Cik Aya ni”
“Macam mana Encik Wafi boleh tahu nama singkatan saya ni?”
“Tu… . pangggil. Saya ikut je,” Encik Wafi memuncungkan mulutnya ke arah pejabat Encik Imran sebelum mengangkat kaki menuju ke mejanya.
‘Sejak bila pula lelaki itu tahu nama timangan aku?Siapa yang beritahu nama timangan aku dekat dia neh?’ Bertalu-talu soalan muncul di benaknya.
‘Kring!…kringg!’
Lamunan Hayati dimatikan oleh deringan telefon pejabatnya.
“Helo,siapa bercakap?”
“Hai,Hayati,saya ni,Amar….saya nak ajak awak lunch dengan saya?”
“Saya minta maaf. Saya rasa tak bolehla. Saya dah janji nak keluar dengan Natasha.”
“Em….baiklah,lain kali kita keluar sekali,ye?”
“A’ah…ok,”
Hayati kembali kepada kerja lakarannya yang tertangguh sebentar tadi. Sengaja dia memberi alasan untuk tidak mengisi masa makan tengah harinya dengan lelaki yang terkenal sebagai kaki perempuan itu. Takut-takut dia pula yang akan mendapat gelaran ‘kekasih’ kepada lelaki tersebut yang entah ke berapa dia sendiri tidak tahu. Sejak akhir-akhir ini, Amar Irsyad semakin berusaha mendekati dirinya. Maklumlah selain daripada Natasya, Mary, Meg dan Janie, dia merupakan pekerja wanita yang kelima di syarikat tersebut. Pada fikiran Hayati, Amar Irsyad sengaja mendekati dirinya sekadar suka-suka dan ingin mengisi ruang hatinya yang kekosongan ketika di tempat kerja.
Jam di tangan menunjukkan pukul satu tengah hari. Sebentar sahaja lagi Hayati akan keluar makan tengah hari bersama Natasha, seorang rakannya yang kini sudah beranak dua. Seperti biasa, mereka akan makan di teratak Warisan yang terletak berhadapan dengan Syarikat Bina Enterprise. Teratak Warisan itu sering menjadi tumpuan mereka untuk memenuhi selera kerana harga makanannya yang berpatutan dan sedap. Malah,pemilik restoran tersebut merupakan bapa saudara kepada sahabatnya,Natasha.
“Aya!Err..Hayati,hari ni kita perlu ke tapak projek perumahan yang bakal syarikat kita kendalikan di Kuala Selangor,jadi kita makan tengah hari dekat luar jelah,” Imran Hadi tiba-tiba berdiri terpacak di hadapannya.
“Er..tapi ,Encik Imran saya dah berjanji keluar lunch dengan Natasya,”
“Ini merupakan perintah aku dan merupakan tugasan kau sebagai pembantu aku. Sudah, jangan nak mengada-ngada dengan alasan kau tu,”
“Apa? Awak cakap saya mengada-ngada?!” Imran berlalu pergi tanpa menghiraukan tindak balas yang diberikan oleh Hayati.
Dengan geram, Hayati mengikuti langkah majikannya itu sehinggalah ke dalam kereta.
Enjin kereta dihidupkan dan kedengaran gah ngauman kereta Mercedez Benz meluncur di dada jalan.
Serentak itu Imran memutarkan rancangan radio kesukaannya,Hot.Fm. Lagu ‘Main Tarik Tali’ nyanyian Elyana sedang ke udara.Masing-masing kelihatan membisu. Imran menumpukan perhatian kepada pemanduannya,manakala Hayati lebih berminat menghamparkan pandangannya ke luar kereta.
“Oh ya,kenapa awak berminat dengan bidang kejuruteraan ni,?”
“Kenapa sekarang baru awak tanya,Encik Imran,?” Hayati buat-buat malas dengan pertanyaan Imran dek geram dengan kata-kata lelaki itu sebentar tadi.
“Amboi, orang tanya dia,dia tanya orang pulak?”
“Hem…saya sebenarnya ada seorang lelaki yang menjadi idola saya untuk membolehkan saya mencapai cita-cita saya ni,”
“Ha? Siapa lelaki tu? Buah hati kau ke?”Imran memandang ke arah Hayati .Terukir beberapa garis kedutan di dahi lelaki itu.Timbul beberapa soalan di benaknya.
“Er…lebih kurang macam tulah. Tapi,dia dah meninggal…”
“Hah? Dah tak de?” Imran Hadi seakan-akan menarik nafas lega.
“Ya…..Lelaki tu ialah Koca Mimar Sinan Agha-seorang tokoh seni bina Islam. Beliau merupakan seorang arkitek kanan zaman kegemilangan Empayar Ottoman yang kemudiannya kenali sebagai Empayar Turki. Beliau bekerja di bawah pemerintahan empat orang raja iaitu Raja Salim I,Sulaiman I , Salim II,dan Murad III. Hasil kerja beliau yang hebat ialah Masjid Suleymaniye,Istanbul.”
“La..apalah kau ni, aku ingatkan betul buah hati kau? Perasan rupanya kau ni. Tapi,banyak jugak yang kau tahu,ye?”
“Mestilah, saya ni kan setiausaha yang hebat?”
Kalau hebat, kenapa kau tak ada lesen kereta? Sepatutnya kau yang pandu kereta ni, bukannya bos,”
“Hehe..itu, nantilah saya ...”
Tiba-tiba sampai di suatu selekoh tajam,Imran membelok secara drastik kereta mewahnya itu di sebelah kiri bagi mengelakkan jalan tar yang berlubang. Sepantas kilat, Hayati terserong ke kiri dan tanpa sempat bertindak. Sedar-sedar sahaja dia telah terpaut bahu kanan Imran. Kejadian selama beberapa saat itu menyebabkan suasana bertukar sunyi seketika. Hayati membetulkan semula kedudukannya. Pipinya bertukar hangat. Malu.
“Oh..maaf, saya terlupa pakai tali pinggang keselamatan,”
“Ha..kau sengaja ambil kesempatan nak peluk aku,ye?”
Imran masih bereaksi selamba.
“Eh,tolong sikit!!mana ada!!awak tu yang sengaja membelok dengan kasar,”
“Er..kita nak makan dekat mana ni?” Imran sengaja menukar topik perbualan.
“Ikut awaklah. Awak yang pandu kereta,”Perasaan malu masih bersisa dalam dirinya.
* * * * * * * * * * * * * * *
»»  BCE SMPAI ABES...

NO TITTLE PART 4

Hayati mengatur langkah kemas memasuki pintu masuk utama ke Syarikat BINA Enterprise. Dia mengenakan dress labuh bertali halus daripada fabrik sifon hitam yang berlapikkan fabrik satin rona merah ke atas tubuhnya yang sederhana tinggi dan berkulit kuning langsat itu. Tudung berwarna cream menjadi pilihan bagi memadankan pakaiannya pada petang itu. Dia tampak anggun dan elegent sekali.
Dia akui betapa hatinya kini sangat berdebar-debar untuk menempuhi saat-saat ini. Inilah kali kedua temuduga akan di tempuhinya.
Adakah dia akan di terima bekerja di syarikat besar ini? Dia tidak pasti.
‘Ktuk! Ktuk!’
Sambil pintu diketuk bersama dengan lafaz Bismillah, Hayati memulakan langkah kaki kanan masuk ke dalam pejabat.
“Assalamualaikum…” Hayati menarik nafas dalam-dalam.
“Encik, saya merupakan pekerja baru yang bakal berkhidmat di syarikat ini,”
Hayati meneruskan kata-kata yang sedia terakam dalam mindanya biarpun pengurus tersebut masih memalingkan wajahnya menghadap ke arah pemandangan kota raya yang sibuk melalui cermin lutsinar.
“ Oh..selamat datang saya ucapkan kepada……..”
Serentak apabila pengurus tersebut memalingkan mukanya menghadap ke arah Hayati,mereka berdua terpempan.
“Kau?!”
“A…awak?!”
Serentak pertanyaan itu terpacul dari mulut Imran diikuti dengan Hayati. Imran terbangun dari kerusinya,manakala Hayati kaku berdiri.
“Aku rasa…ehem…saya rasa awak ni tak salah tempat ke?”
“Hah? Er…kenapa encik tanya macam tu?”
Hayati sedikit pelik dan geram dengan sikap lelaki yang dikenalinya secara tidak sengaja itu.
“Yela,semalam pecah masuk rumah orang.Hari ni, pecah masuk pejabat orang pulak?”
“Haa??Eh, encik, saya datang sini untuk cari kerja bukannya cari pasal dengan encik,” Hayati bersuara keras.
“Kalau macam ni lah, aku rasa cara kau ni macam…..Ehemm,baik aku berterus terang je la..kau ni datang nak bekerja dekat syarikat ni ke, atau nak menyertai pertunjukan model busana muslimah neh?”
Pandangan lelaki di hadapannya itu menjamah seluruh tubuhnya. Hayati terlopong sambil membesarkan kedua biji matanya memandang lelaki itu tanpa berkelip lantas diarahkan pandangannya ke atas tubuhnya seketika. Segala failnya masih kukuh dipegangnya, walaupun hatinya semakin panas dek lelaki yang bermulut celupar itu.
“Baiklah, encik, saya minta maaf sangat sebab tersalah masuk rumah kawan encik semalam. Ok? I’m very sorry for that last night incident…Are you satisfied now?” Hayati menekankan suaranya.
“Ok…I think, I’ll look out your performance first . So,then,I’ll decide whether to give you my forgiveness or not? ”
Hayati menjeling geram ke arah lelaki itu yang sedang menggosok-gosok dagunya yang sedikit berkumis sambil mengangkat kening .
‘Amboi,suka hati dia je bila-bila nak maafkan orang. Ingat dia tu berdaulat sangat ke?’ Hayati mengomel dalam hati.
“Oh yes, I haven’t take a look on your profile yet,”
Imran berlalu ke mejanya dan mencapai fail yang berwarna biru muda . Dibukanya fail tersebut dan dilihatnya satu-persatu lembaran kertas yang terkandung di dalam fail berwarna biru muda itu.
“Nama awak Nor Izzatul Hayati Bt Elyas. Lulusan Sarjana Muda dalam senibina dan landskap ,Universiti Islam Antarabangsa.” Imran membaca sambil sesekali matanya mengerling gadis di hadapannya.
Suasana bertukar sepi seketika
"Ooo awak berasal dari Kedah ke..Apa habaq ceq?sihat ka?" kahkahkah.Satu bilik bergema dengan gelak tawa Imran.
'Ciss tak boleh jadi..ini tersangat la keperlian namanye ni..sabar-sabar wahai diriku' Hayati mengetap-ngetap bibir. Dia yang dari tadinya terpacak berdiri mula melangkah ke hadapan untuk mencapai kerusi di hadapan meja Imran.
“Siapa suruh awak duduk, Cik… Nor Iz….zatul Hayati?”
Hayati yang mula hendak duduk,serta-merta mengangkat punggung. Mulutnya terlopong.Matanya tekelip-kelip tidak lepas memandang geram ke arah bakal majikannya. Sementara itu,Imran masih bertindak selamba dengan menumpukan pemerhatiannya terhadap lembaran kertas di hadapannya tanpa menghiraukan perasaan Hayati yang sudah menggelegak.
‘Lelaki ego!sombong! Berlagak tak tentu fasal!Bencinya!! Bencinya aku lelaki ni!’. Kembang-kuncup hidungnya menahan kemarahan yang bergelegak. Tahap kemarahan Hayati sudah sampai kemuncaknya.
“Awak ada kata sesuatu tentang saya, Cik Nor Izzatul Hayati,hem,?”
“Hah? Hehe…tak…takde…takde…”
Hayati menggeleng kepalanya beberapa kali sambil tersenyum sumbing seperti kerang busuk.
“Hem…baiklah, awak boleh mula bekerja esok. Saya nak ingatkan awak, sebagai setiausaha saya, saya nak awak tepati masa bekerja. Jangan lewat. Lagi satu, buat kerja seperti yang saya arahkan.Saya akan beritahu lagi dari semasa ke semasa apa yang saya suka dan apa yang saya tak suka. Kalau tidak,dengan senangnya,awak akan dipecat. Understood!?”
Hayati sedikit tersentak.
“Er….saya faham,Encik….”
“Oh ya…nama saya Imran Hadi, panggil saya Encik Imran,” Imran berbasa-basi sambil menghulurkan tangannya ke arah Hayati.
Tiba-tiba, terlintas sesuatu di benaknya berkenaan nama lelaki tersebut dengan kejadian salah faham yang berlaku semalam.
“Hai, Cik, tak nampak tangan saya ni?” Imram bersuara keras sambil menjuihkan bibir mulutnya ke arah tangan kanannya yang sedia menanti disambut oleh gadis dihadapannya itu.
Hayati teragak-agak untuk menyambut tangan lelaki tersebut, namun dikumpulkan kekuatan untuk berbuat demikian.
“Encik Imran Hadi, walaupun encik arahkan saya sambut salam encik,dan ianya merupakan satu arahan, tapi sebagai perempuan yang bukan muhrim dengan encik,Agama Islam tidak benarkan
buat camtuh. Jadi,saya tak akan dibuang kerja dengan sebab ini kan,Encik Imran Hadi,hemm?”
Imran tidak terkata apa-apa. Bibirnya diketap lalu merenung tajam ke arah gadis bertudung di hadapannya. Sepantas kilat di turunkan tangannya merapatkan sisi.
Malu!
Hati lelakinya panas dek dikenakan oleh seorang perempuan.
‘Perempuan ni nak kena betul dengan aku,ni. Tapi tak pe,kau bernasib baik sebab aku ni tergolong dalam kategori lelaki yang baik. Kalau tidak,habislah kau,aku lempang dengan penampar sulung aku ni.’
Hatinya berkata geram sambil panahan korneanya menghantar kelibat gadis itu keluar dari pejabat.
Hayati keluar dari pejabat Imran dengan satu soalan yang belum terjawab dari tadi. Tiba-tiba,peristiwa semalam datang menjengah ke ruang fikiran lantas mengingatkannya pada Encik Imran yang menuduhnya memanggil dengan panggilan ‘abang’ sewaktu kejadian di apartment rakan lelaki itu. Rupa-rupanya, di penghujung nama lelaki tersebut ialah Hadi, sedangkan nama abangnya juga Hadi. Hayati menggeleng beberapa kali apabila teringatkan kejadian salah faham itu.Tambahan pula, dia bakal bekerja di bawah lelaki yang amat dibencinya itu. Dia tidak dapat membayangkan bagaimanakah nasibnya kelak apabila bekerja di bawah lelaki itu .
‘Arghhh!!Mesti macam anak kucing kene ikat idung laa aku macam nih…hadoiii’
“Hai..cik adik,tak mahu masuk ke lif ni??” Lamunan Hayati serta-merta dimatikan oleh teguran seorang lelaki yang sedang berdiri di belakangnya.
“Opss...sorry,sorry,saya tak sedar,”
Hayati hanya mampu tersenyum malu sambil melangkah masuk ke dalam lif diikuti lelaki tersebut.
“Amboi,teringatkan sape neh sampai tak sedar orang kat belakang?”
Hayati tersipu malu mendengarkan kata-kata lelaki itu.
Lelaki itu terus bersuara melihatkan tiada jawpan mahupun respon dari gadis di hadapannya itu.
“Hai, nama saya, Amar Irsyad. Panggil je saya Amar.Siapa nama awak? Awak pekerja baru ke dekat sini?”
“Ha? Er…ya,”
Hayati hanya tersenyum pahit tanpa memandang ke arah lelaki yang terlalu peramah itu. Dia sedikit gugup memandangkan hanya dia dan lelaki tersebut sahaja yang berada di dalam lif tersebut. Keadaan sunyi seketika. Ada sesuatu pada lirikan mata lelaki itu yang membuatkan Hayati tidak senang duduk.
‘Ishh….kenapalah aku main naik je lif ni dengan lelaki pelik ni? Ish..lelaki ni pelik betul. Apa yang diperhatikannya tu? Buat dia mengapa-apakan aku,hah..sudah…cepatlah sampai…wahai lif cepatlah!!…?’ Terpejam celik irisnya memerhatikan pintu lif yang lambat terbuka.
Amar raghib memerhatikan setiap inci tubuh gadis di tepinya itu. Orangnya berkulit cantik, cerah, tiada sedikitpun kotoran jeragat yang singgah di muka gadis tersebut,cuma kelihatan sebiji tahi lalat yang cantik melekap di tepi bibir sebelah kanan gadis itu ditambah pula lekukan lesung pipit dikedua-dua belah pipi. Tinggi pula bersederhana dan sangat cantik potongan bentuk badannya. Tapi sayangnya,gadis tersebut menutup kecantikannya dengan sehelai tudung yang terlekap di kepalanya. Amar berkira-kira sendirian gadis tersebut tentu sangat cantik dan seksi apabila dapat mempamerkan rambutnya.
“Er..cik saya tanya cik…..”
‘Tit’
“Sorry,I’ve to go now,”
Hayati menarik nafas lega tatkala pintu lif terbuka sekaligus berjaya menurunkannya ke tingkat bawah sebelum sempat lelaki tersebut menyoalnya berbagai-bagai soalan lagi. Bukan niat hatinya ingin berlagak sombong dengan lelaki tadi namun, dia sebenarnya agak gugup untuk berkenalan dengan mana-mana lelaki yang dianggap asing dalam hidupnya.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
»»  BCE SMPAI ABES...

NO TITTLE PART 3

“Encik Imran, ini saya baru terima fail yang mengandungi profil pekerja baru yang akan diletakkan di bawah Encik Imran,”
“Saya tak pernah tahu apa-apa pun tentang hal ni, Tasha?” Imran mengambil fail yang diberikan oleh penolong setiausahanya itu.
“Encik Amar yang suruh saya,”
“Em…baiklah, nanti saya tengok fail tu sebab saya ada temujanji jap.”
“Oh ya, Encik Imran,pukul tiga petang nanti, pekerja baru tu akan datang untuk melaporkan diri,”
“Ok..thanks, Tasha,”
‘Kenapa dengan si Amar ni? Tak habis-habis suka buat keputusan ikut dia je’ Imran mengomel sendirian lalu mengambil kot yang tersangkut di bahu kerusi lantas keluar dari pejabatnya.
* * * * * * * * * * * *
‘ktuk!ktuk!’
Imran menguak pintu pejabat dari luar.“Abang…. Ada urusan pe abang datang bilik Am ni?”
“Am, nape Am tambahkan pekerja bawah bahagian Abang Im tanpa maklumkan abang dulu?
“Oh, pasal tu..hmm..Am cuma nak tolong abang carikan penolong untuk memudahkan kerja-kerja abang je. Abang ambik jela seorang lagi pekerja untuk tolong abang. Lagipun,bang!dia ni perempuan tau ,bang?” Amar tergelak besar sebaik sahaja melihat reaksi abang sepupunya itu.
“Ishh…budak ni… kok ye pun,nape laa tak kasi tau abang awal-awal ?Ni pakai main redah tup-tup ada orang nak datang temuduga”
“ Kalau Am bagitau abang awal-awal lagi, mesti abang akan tolak punya.. Lagipun, abang, cubalah tolong para siswazah kita pada masa kini yang amat memerlukan pekerjaan.Banyak graduan lulusan universiti sekarang yang menganggur. Takde keje. Kesiannn…sedangkan mak bapak dorang sangat mengharapkan dorang.Dengan bagi peluang pekerjaan macam ni boleh dorang tolong mak bapak dorang pulak? Tak ke gitu? Encik Imran Hadi??”
“Ha.. Pandailah kau nasihatkan orang, tolong mak bapak?? Yang kau tu asyik berfoya-foya dengan perempuan kat luar tu,pehal Encik Amar Irsyad? De ke tuh namenye tolong mak bapak jugak,hah??”
“Ish..orang tua tak makan saman ni, dibedalnya aku pulak…” Amar menjegilkan biji mata serta menjuihkan bibir mulutnya ke arah abang sepupunya itu.
Kedengaran lagu beat it nyanyian Michael Jackson memecah keheningan suasana di dalam pejabat tersebut.
Imran terkial-kial mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluarnya.
“Helo..”
“ok..em..baiklah,”
Amar ketawa mengekek mendengarkan perbualan abang sepupunya. Masakan tidak,melihatkan sahaja riak wajah lelaki itu yang masam mencuka,dia sudah dapat mengangak puncanya.
“Am,Abang pergi dulu,”
“Bye,bye abang… selamat menyambut pekerja baru. Lepas ni, jangan pecat lagi tau pekerja baru ni seperti mantan-mantan setiausaha abang yang lepas tu..,”
Imran Hadi hanya mengerling geram ke arah adik sepupunya itu yang masih meneruskan sisa-sisa ketawanya.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
»»  BCE SMPAI ABES...

NO TITTLE PART 2

Setelah menempuh perjalanan kira-kira enam jam,Hayati selamat tiba ke bandar raya metropolitan itu. Bas Kota yang bertolak dari Shahab Perdana memberhentikannya di Perhentian Pudu Raya. Walaupun agak biasa di tempat ini ketika belajar di Universiti Islam Antarabangsa,namun dengan keadaan seorang diri, dia tiada keyakinan diri lantaran Abang Hadi tidak dapat menjemputnya apabila dia baru sahaja menerima panggilan daripada lelaki itu.
“Hello, Aya, abang mintak maaf sangat.”
“Napa abang?”“Abang tak dapat jemput Aya la malam nanti sebab abang kena jumpa dengan klien abang. Cerewet sikitlah klien abang sorang ni. Sorry,my sweetheart. This is very important for me, darling ….sorry,??”
“Hm…nampaknya,Aya kenalah berdikari lagi kali ni ye?”
Talian telefon bimbit lantas dimatikan. Hayati menghela nafas panjang sambil mengenggam erat telefon bimbitnya,sebelum memasukkannnya semula ke dalam tas tangan.

Hayati mengambil teksi supaya cepat sampai ke destinasi yang seterusnya. Mencari alamat yang diberikan oleh Abang Hadi ternyata agak sukar dalam kawasan bandar di tambah pula suasana malam yang dicurahi hujan yang tiba-tiba lebat menyimbah muka bumi tatkala itu.
‘Hai,apalah nasib aku hari ini.’
Dia mengenang nasib diri sendiri sambil memandang tubuhnya yang ditimpa rintik hujan.
Hayati beranikan diri untuk bertanya kepada orang yang lalu-lalang akan alamat yang diberitahu oleh Abang Hadi. Malangnya,tiada seorang pun yang dapat membantu.
‘Isy, Abang Hadi ni pun satu, baru nak call aku. Kalau bagitau aku awal-awal lagi taklah aku pening-pening kepala cari apartment tempat tinggal dia ni. Apartment kat sini bukannya satu dua.Dah la lenguh tahap gaban kaki neh. Berjam-jam plak tuh dalam bas. Lenguh punggung aku nih.huhh’
Hayati mengomel sendirian sementelah itu dilabuhkan punggungnya di tepi kaki lima tempat orang lalu-lalang.Tudung yang terkelepet akibat ditimpa rintik hujan dibetulkan sambil mengurut-urut kakinya yang terasa lenguh. Setelah terasa lega, dia bangun untuk meneruskan pencariannya yang belum sampai ke titik noktahnya.
‘Gebebuk!!’
“Adoiiii mak engkau tebalikkk!” Hayati termelatah bersama dengan erangan kesakitan sambil mengusap-usap kepalanya yang dirasakannya seperti terlanggar tunggul kayu.
“Woi buta ke kau ni! Tak nampak orang lalu?!”
Hayati terduduk semula . Dia seperti baru terjaga dari mimpi yang ngeri setelah menerima sergahan yang menggerunkan itu.
“Er…, saya mintak maaf encik, saya..saya.. tak sengaja,”
“Lain kali, tengok orang dulu baru jalan, jangan main redah je!Reti?”
“Encik, encik tau tak alamat ni dekat mana?” Hayati pantas bangun lalu menunjukkan alamat tersebut kepada lelaki itu.
“Ha, dah sahlah kau ni buta, takpun rabun…nk kate rabun,mata smpai empat! tu, alamat ni terletak di belakang kau je..” Lelaki tersebut memandang sinis lalu meninggalkan Hayati terpinga-pinga bagai kerang busuk.
‘Eii…kurang asam betul mamat ni!! Dia yang salah dituduhnya aku langgar dia?? Hahh? Tak guna!kutuk aku sedap mulut dia je! Takde budi bahasa langsung! Harap muka aje handsome,tapi perangai satu habuk pun tak boleh pakai.laki bodohhhhhhh!!’. Hayati melepaskan geram di dalam hati. Lelaki yang bertubuh lampai berwajah kacak tetapi memiliki tingkah-laku yang tiada nilai-nilai budi bahasa itu begitu menyakitkan hatinya.
Dia terus gagah mengatur langkah biarpun beberapa butir manik-manik jernih mengalir di pipi.
Setelah menempuh enam tingkat bangunan dengan bantuan lif, akhirnya, dia berjaya juga sampai ke destinasi yang ingin dituju,itupun setelah terpaksa menelan kata-kata yang sangat pahit oleh seorang lelaki yang tidak dikenali. Namun,dia tidak lagi ambil pusing dengan peristiwa sebentar tadi kerana kini,kakinya sudah menapak di hadapan rumah Abang Hadi. Tanpa berlengah lagi, Hayati terus mengangkat bagasi yang berat ke dalam memandangkan pintu tidak berkunci.
‘Mungkin abang dah balik dah kot, saja nak surprisekan aku la tu. Sengaja dibiarkan pintu tak berkunci,hik..hik..hik..’
Hayati ketawa kecil dalam hati.
Punggungnya dihenyakkkan ke atas sofa yang empuk dan lembut .
Pandangan korneanya di halakan ke arah kipas dan lampu chandelier yang tampak begitu ekslusif. Bahagian ruang tamu kelihatan begitu rapi dan kemas beserta susun atur perabot yang ringkas. Bahagian dinding dan sofa serta langsir berlatarkan warna krim yang hampir senada namun ada idea kombinasi beberapa perabot justeru menyerlahkan ruangan ini hingga tampak berseri. Terbit kekaguman terhadap abang kandungnya itu.Abang Hadi yang merupakan Kumpulan Penyelidikan Seni Bina (ARG),Jabatan Seni Bina, Fakulti Kejuruteraan UKM,memang seorang yang sangat gigih bekerja sehinggakan tidak mempunyai masa untuk berehat. Hayati tersenyum bangga kerana memiliki abang kandung seperti lelaki itu.
Dia terdengar bunyi shower.
‘Mungkin Abang Hadi tengah mandi. Maklumlah, baru balik dari jumpa klien. Yes,I’ll make surprise for you,Abang Hadi.’
Hayati melucutkan tudung yang tersarung di kepala dan mengelus-ngelus rambut panjangnya yang kehujanan sebentar tadi .
Seketika kemudian, pintu bilik air dikuak. Kedengaran suara Abang Hadi bernyanyi kecil. Dia merendahkan posisi badan di sebalik sofa supaya Abang Hadi tidak perasan akan kehadirannya.
Hayati bertindak sepantas kilat.
“Ha!! Abang Hadi!! Aya dah sam..…!”
Kata-kata Hayati mati di situ.Hayati terpana tatkala terpandangkan seseorang yang berada di hadapannya kini. Bukannya Abang Hadi tetapi seorang lelaki yang seakan-akan dikenalinya. Tetapi lelaki tersebut hanya bertowel tanpa berbaju.
“Ka..kau..kau sape?!” Hayati terdorong ke belakang tatkala lelaki itu bergerak menghampirinya.Dengan tindakan yang drastik, dia mencapai sebiji bantal kecil yang menghiasi sofa.
“Kau…kau keluar.. keluar sekarang …apa kau nak buat! ? apa kau nak buat!? Keluar… keluar.!.lelaki gila!penceroboh!!” bertalu-talu lelaki itu dipukul dengan bantal kecil oleh Hayati.
“Eh…Eh…cik, cik..woi pehal kau nih..”
Lelaki tersebut terdorong ke belakang sehingga terkeluar melalui pintu utama.Sepantas kilat dihempasnya pintu dan menguncinya.
‘Huh..lega aku….’
Hayati bersandar di balik pintu.
“Kau buka pintu ni…buka!…buka lekas!!” lelaki itu memulas tombol pintu beberapa kali menyuruh gadis yang tidak dikenalinya itu membuka pintu.
“Hoi, cik apa kau buat kat dalam apartment kawan aku tu?!”
Hayati dapat mendengar suara lelaki tersebut sedang terjerit-jerit dari luar.
‘Hah?? Ape?? Apartment kawan dia? Biar betul, dia yang tersilap ke, aku yang tersilap bilik orang ni? Hah? Pening aku …tapi aku ingat lagi Abang Hadi bagitau aku nombor rumah dia, H221. Takkan kawan Abang Hadi kot? Tapi Abang Hadi tak cakap pun ada kawan dia nak datang, siap mandi lagi tu. Hai, macam mana ni, rambut aku pun dia dah nampak. Haissyyy..’
Hayati sempat berbisik sendirian sambil sempat memperkemaskan rambut lalu menyarungkan semula tudungnya.
“Baik, kalau macam tu, aku telefon kawan aku sekarang, bagitau ada perompak perempuan ceroboh masuk apartment dia!”
Hayati tiada pilihan lain.
Tangannya terketar-ketar memegang tombol pintu. Perlahan-lahan pintu dikuak dari dalam.
“Erh..er ….Awak…awak ni..”
Belum sempat dia berkata apa-apa, lelaki itu sudah menerpa masuk ke dalam apartment. Hayati terdorong ke belakang akibat dirempuh kasar oleh lelaki itu.
“Kau ni siapa hah? Main terjah masuk rumah orang? Gila ke?” Lelaki itu mencapai jubah tidur lalu menyarungkannya ditubuh.
‘Dia cakap aku gila?Ada ke patut?mangkuk jamban tol…’
Lahir perasaan geram dalam dirinya tika itu namun cuba dikawalnya.
“Saya ingat..saya…er…awak ni…….”
“Eh, macam mana kau boleh masuk?”
“Er..saya..saya nampak pintu tak berkunci, jadi…”
“Argh..sudah..sudah..siapa suruh kau panggil aku ‘abang’ tadi? Siapa kau? Aku tak kenal kau pun?”
‘Hohhh??Apa yang mamat ni merepek ni? Bila masa pulak aku panggil dia abang? Ish..ish…sudah, mamat ni dah melampau betul..tak de tegediknye aku nak panggel dia tu abang...’
Tiba-tiba pintu sekali lagi dikuak dan munculnya seorang lelaki yang kelihatan sebaya lelaki yang memakai tuala mandi itu.
“Aku dah balik, ni barang..…”
‘Oh My God…sorang lelaki lagi masuk….mati aku… Mana Abang Hadi ni?’
Hayati semakin kalut berada dalam situasi yang itu. Bertambah kalut lagi apabila berada di antara dua lelaki yang yang langsung tidak dikenali. Dia berlari pantas mencapai bagasinya.
Lelaki yang baru muncul itu terpinga-pinga memandang antara rakannya dan perempuan di hadapannya tanpa sempat menghabiskan kata-katanya.
“Weh, siapa kau bawa balik ni? Mak aihhh…kau ada skandal eh dengan perempuan bertudung ni?”
Hayati membutangkan kedua-dua biji mata ke arah kedua-dua lelaki tersebut silih berganti.
“Hoi, Syam, kau jangan mengarutlah. Perempuan ni ceroboh masuk rumah kau waktu aku tengah mandi tadi…” lelaki itu mengerling sekilas ke atas tubuhnya sambil bercekak pinggang sebelum melemparkan pandangannya ke tempat lain. Hayati semakin takut berada di antara kedua –dua lelaki tersebut memandangkan tiada siapapun yang dikenalinya di situ di tambah pula dengan keadaan malam yang lebat kehujanan.
“Saya.. saya minta maaf…saya..pergi dulu”
“Ha…baru sedarlah tu. Tadi rabun sekarang ni tersilap masuk rumah orang pulak,”
Sebelum melangkah keluar Hayati sempat menoleh ke belakang,dengan penuh geram dia menjeling tajam ke arah lelaki yang bertowel itu.
“Eh,siapa perempuan tu? Macam mana dia boleh masuk ke sini? Kau kenal dia ke? Ke..kau ada apa-apa……”
“Isy…kau ni tanya banyak mengalahkan bapak polisilah. Ha..mana Mi Sedap yang aku pesan tu?”
Syamsul menghulurkan beg plastik yang mengandungi tiga bungkus mi di dalamnya. Lantas disambut oleh rakannya itu.
“Weh..cakaplah siapa perempuan tadi tu? Cantik betul,”
“Hisyyy!Aku tak kenal dia pun. Keluar bilik air je,terus dia dah ada dalam rumah kau. Mana aku tahu. Ha..kalau kau dah berkenan sangat,pergilah tanya sendiri,” Imran mengangkat bahu terus menuju ke dapur untuk menyediakan mi segera kegemarannya.

Hari ini merupakan hari yang paling malang dan paling memalukan baginya.
‘Argh…malunya aku!Malunya aku hanya Tuhan sahaja yang tahu. Lelaki tu pun satu! Baru aku ingat, lelaki yang sombong tu lah yang terlanggar aku dah tu sempat lg memaki hamun. Buat kita ni mcm orang bodoh.Eiiiii!! Berlagak ! sombong! Laki haprak…harap sesangat jangan laa jumpe kau lagi lepas nih..Adoiii malu…malu,,,’
“Aya!”
Dia seakan-akan kenal empunya suara itu. Pantas kepalanya mendongak memandang ke hadapan.
“Abang!!” Hayati menjerit keriangan seperti kanak-kanak mendapat aiskrim walls double dutch baru.hehehe
“Aya dah sampai?”
“Tak, Aya belum sampai lagi,”
“Hahah.” Tergelak besar lelaki itu sebaik sahaja mendengarkan jawapan dari adiknya.Wajahnya bertukar serius apabila melihatkan wajah gadis di hadapannya tiba-tiba bertukar suram.
“Aii, kenapa muka adik abang ni monyok je? Kenapa tak telefon abang ? Boleh abang tolong angkatkan beg ni,”
“Ha.. tadi abang jugakkan yang suruh Aya pergi sendiri?”
“Hem..oklah…dah taukan rumah abang? Abang ada bagi nombor kat Aya tadi,H212?”
“Hah? Apa abang? H212?”
“Yalah, kenapa?”
“Abang…tad..tad…tadi tu…..”
“Ha’ah ..nape dengan tadi?ade ape Aya?”
“Takde apa-apa,erh…saja jer..hihi..”
'Ei…tak sanggup aku nak beritahu Abang Hadi tentang peristiwa tadi.Ya Allah, patutlah, aku terkeliru nombor H212 dengan H221 rupa-rupanya. Ei… malu free je aku hari ni.' Hayati mengetap bibir sambil memejamkan matanya tika teringatkan peristiwa sebentar tadi.
“Aya dah makan ke belum?”
“Tak lagi. Tunggu abang belanjalah,”
“Jom,abang belanja dekat restoran bawah. Sebelum tu, jom abang tunjukkan rumah abang,”
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
»»  BCE SMPAI ABES...

NO TITTLE PART 1


Tajuk: CINTA PERTAMA


Dingin pagi langsung tidak diendahkannya . Dihamparkan pandangan kosong ke arah pemandangan sawah padi serta bukit-bukau yang indah saujana mata memandang. Panorama mejelis itu tidak mampu menenangkan perasaannya tatkala itu. Ruangan hatinya bercampur-baur antara ,gembira, sedih,takut,teruja-entahlah. Dia menghirup udara segar dan menghelanya kembali dengan tenang . Gadis itu gembira kerana telah mendapat tawaran bekerja di Kuala Lumpur. Tawaran bekerja dalam bidang senibina itu telah dinanti-nantikannya selama ini setelah tamat dalam pengajian dalam bidang yang tidak berapa digemarinya suatu ketika dahulu. Namun, berkat minat yang dipupuk oleh ayah serta mengikut jejak langkah abang Hadi, kini dia mampu berbangga setelah mampu menggenggam segulung ijazah dalam bidang ini. Apakandaya, untuk mencapai sesuatu kejayaan memerlukan satu pengorbanan yang besar jua. Gadis itu terpaksa berpisah lagi dengan keluarga tercinta. Abang Hadi mempelawa tinggal di rumahnya memandangkan tempat bakal dia bekerja terletak tidak jauh dari apartmentnya. Perasaannya turut bercampur takut dan teruja memikirkan tanggungjawab yang bakal dipikul ketika menjejak ke alam pekerjaan nanti ditambah pula ibu yang jauh di sisi.“ Aya, nak bawak dak baju kurung warna pink ni?”
“Hah?Apa mak?”
“Hai, budak ni, dok termenung pulak dah noh? Dok pikiaq apa sangat tu? Dah. Dah. Jangan dok mengelamun lagi.Mai lekas kemaskan beg tu. Tengok apa-apa barang lagi yang nak bawak, ”
“laa, mak ni, awai lagi ni. Aya nak bertolak pukul 4 petang sat lagi, ha. La ni baru pukul 9 pagi.Mak, mak tak payah susah-susah sangat la. Aya nak pi kerja kat Kuala Lumpur tu ja, bukannya pi luaq negara, ” Dia cuba menyembunyikan perasaan resah jauh ke lubuk hatinya.
“Apa yang nak susahnya? Mak sebenaqnya risau la dengan anak dara mak sorang ni…Aya kena pandai jaga diri elok-elok di sana, na?. Lagipun tak susah kot bagi Aya,dok belajaq kat asrama lima taun dah,lepas tu sambung pulak belajaq di universiti kat KL tu,”
“Insya-Allah mak, Aya akan belajar cara hidup kat sana dan hidup dengan baik-baik.”
“Ha, sampai sana telefon mak tau? Jaga kelakuan kita ni sebagai anak dara. Jangan dok buat perkara-perkara yang tak elok. Tambah-tambah pulak Aya tu tinggai dengan abang ja kat sana. Mak tak dak nak tengok-tengokkan Aya,” tangan Puan Naimah ligat melipat sepasang baju kurung moden berwarna hijau pucuk pisang. Baju-baju milik anak perempuan tunggalnya itu dimasukkan dengan cermat ke dalam sebuah beg besar.Sesekali Puan Naimah memandang ke arah gadis itu.
Dia tersenyum kelat sambil melapah wajah ibu tersayang. Wajah ibu yang bakal ditinggalkan beberapa jam sahaja lagi. Ibu yang selalunya kurang bercakap kini banyak berceloteh. Dia tahu,ibu bimbangkan dirinya.
»»  BCE SMPAI ABES...