Sunday, 3 April 2011

NO TITTLE PART 1


Tajuk: CINTA PERTAMA


Dingin pagi langsung tidak diendahkannya . Dihamparkan pandangan kosong ke arah pemandangan sawah padi serta bukit-bukau yang indah saujana mata memandang. Panorama mejelis itu tidak mampu menenangkan perasaannya tatkala itu. Ruangan hatinya bercampur-baur antara ,gembira, sedih,takut,teruja-entahlah. Dia menghirup udara segar dan menghelanya kembali dengan tenang . Gadis itu gembira kerana telah mendapat tawaran bekerja di Kuala Lumpur. Tawaran bekerja dalam bidang senibina itu telah dinanti-nantikannya selama ini setelah tamat dalam pengajian dalam bidang yang tidak berapa digemarinya suatu ketika dahulu. Namun, berkat minat yang dipupuk oleh ayah serta mengikut jejak langkah abang Hadi, kini dia mampu berbangga setelah mampu menggenggam segulung ijazah dalam bidang ini. Apakandaya, untuk mencapai sesuatu kejayaan memerlukan satu pengorbanan yang besar jua. Gadis itu terpaksa berpisah lagi dengan keluarga tercinta. Abang Hadi mempelawa tinggal di rumahnya memandangkan tempat bakal dia bekerja terletak tidak jauh dari apartmentnya. Perasaannya turut bercampur takut dan teruja memikirkan tanggungjawab yang bakal dipikul ketika menjejak ke alam pekerjaan nanti ditambah pula ibu yang jauh di sisi.“ Aya, nak bawak dak baju kurung warna pink ni?”
“Hah?Apa mak?”
“Hai, budak ni, dok termenung pulak dah noh? Dok pikiaq apa sangat tu? Dah. Dah. Jangan dok mengelamun lagi.Mai lekas kemaskan beg tu. Tengok apa-apa barang lagi yang nak bawak, ”
“laa, mak ni, awai lagi ni. Aya nak bertolak pukul 4 petang sat lagi, ha. La ni baru pukul 9 pagi.Mak, mak tak payah susah-susah sangat la. Aya nak pi kerja kat Kuala Lumpur tu ja, bukannya pi luaq negara, ” Dia cuba menyembunyikan perasaan resah jauh ke lubuk hatinya.
“Apa yang nak susahnya? Mak sebenaqnya risau la dengan anak dara mak sorang ni…Aya kena pandai jaga diri elok-elok di sana, na?. Lagipun tak susah kot bagi Aya,dok belajaq kat asrama lima taun dah,lepas tu sambung pulak belajaq di universiti kat KL tu,”
“Insya-Allah mak, Aya akan belajar cara hidup kat sana dan hidup dengan baik-baik.”
“Ha, sampai sana telefon mak tau? Jaga kelakuan kita ni sebagai anak dara. Jangan dok buat perkara-perkara yang tak elok. Tambah-tambah pulak Aya tu tinggai dengan abang ja kat sana. Mak tak dak nak tengok-tengokkan Aya,” tangan Puan Naimah ligat melipat sepasang baju kurung moden berwarna hijau pucuk pisang. Baju-baju milik anak perempuan tunggalnya itu dimasukkan dengan cermat ke dalam sebuah beg besar.Sesekali Puan Naimah memandang ke arah gadis itu.
Dia tersenyum kelat sambil melapah wajah ibu tersayang. Wajah ibu yang bakal ditinggalkan beberapa jam sahaja lagi. Ibu yang selalunya kurang bercakap kini banyak berceloteh. Dia tahu,ibu bimbangkan dirinya.

No comments:

Post a Comment