Malam ini Hayati keseorangan lagi. Abang Hadi terpaksa pulang lewat atas urusan kerjanya. Setelah sembahyang Isyak, dia berkira-kira untuk menonton televisyen,namun niatnya itu terhalang tatkala loceng rumahnya ditekan seseorang. Hayati berlari anak untuk melihat siapakah gerangan yang menekan loceng itu melalui cermin pada pintu. Hairan juga, kerana tiada sesiapapun yang kelihatan. Namun,Hayati memberanikan diri untuk membuka pintu.Terkesima seketika Hayati sebaik sahaja pintu dikuak kerana di hadapannya kini terbaringnya seorang lelaki di muka pintu.“Amar?!”
Hayati menyapa lembut bahu lelaki itu, namun, dia terbau sesuatu. Amar telah meminum minuman syaitan.
“Amar, kenapa awak datang sini? Kalau orang nampak awak dekat rumah saya, nanti orang pandang serong,”
Hayati cuba berbual dengan lelaki yang sudah tidak sedarkan diri itu.
“S..sa..saya n..ak jumpa a..wak,” Amar Irsyad tersengih sambil tangannya cuba menyentuh muka Hayati, namun sempat dihalang oleh gadis itu.
“Macam nilah, biar saya hantar awak ke bilik awak,”
Nasib baiklah Hayati pernah diberitahu oleh Amar sendiri akan alamat biliknya yang terletak dalam satu bangunan dengannya. Sesampainya di bilik Amar, Hayati terus membaringkannya di atas katil. Sungguh pun begitu, Hayati sedikit janggal masuk ke dalam rumah lelaki yang bukan muhrim dengannya. Dia berharap benar agar tiada sesiapa yang ternampak akan dirinya tika itu. Takut-takut dirinya disalah anggap pula. Malangnya,ada seseorang yang telah ternampak akan perbuatannya tanpa dia sedari.
Dia tidak berani berlama-lama di situ. Setelah menyelimuti Amar Irsyad, dia langsung menapak untuk keluar dari rumah lelaki itu. Belumpun sempat dia meneruskan langkah, tiba-tiba, dia merasakan ada sesuatu yang sedang memaut pinggangnya. Sepantas kilat ditepis pautan tersebut.
“A..Amar? Apa awak buat ni?” soalannya tidak mendapat jawapan sebaliknya dirinya terus dihumban ke atas katil.
“Awak kenapa ni,Amar? Tolonglah sedar akan perbuatan awak ni. Awak tengah mabuk ni,” Hayati bersura keras tetapi keras lagi tindakan Amar Irsyad terhadap dirinya. Terus kerongsang tudungnya dileraikan lalu tudungnya direnggut dengan kasar.
“Saya nak tengok kecantikan sebenar diri awak…Ha..yati,” dalam keadaan separuh sedar, Amar Irsyad terus mengasari dirinya. Bertalu-talu bibir lelaki itu mencumbui leher dan bibirnya. Hayati cuba menghalang perbuatan Amar dengan sedaya- upaya tenaganya. Namun, apalah kudrat seorang wanita sepertinya. Dalam keadaan sarat dengan kegentingan itu, Hayati bertambah kaget,namun dia cuba merayu agar lelaki itu melepaskannya.
“Tolonglah Amar,jangan buat saya macam ni. Lepaskan saya…lepaskan saya…Tolonglah awak sedar akan perbuatan awak ni,Amar…”
Amar yang sudah hilang pertimbangan itu cuba membolosi butang blouse yang dipakai Hayati. Satu persatu butang bajunya cuba dibolosi lelaki yang sedang menggila ditiup semilir syaitan. Hayati mengumpulkan seluruh tenaga dan kudratnya lalu menumbuk dan menolak tubuh lelaki yang sedang menindih dirinya itu. Ternyata,usahanya sia-sia.Hayati hanya mampu berdoa dalam hati memohon bantuan dari-Nya.
Tiba-tiba pintu dikuak kasar dari luar.
“Ya Allah, Am! Apa Am dah buat dekat Cik Hayati ni!?”
Amar yang separuh sedar itu memberhentikan serta-merta perbuatan terkutuknya apabila disergah oleh abang sepupunya sendiri. Imran Hadi pantas meluru ke arah Amar Irsyad.Berlaku tumbuk –menumbuk antara dua beradik sepupu itu,namun kemenangan ternyata di pihak Imran Hadi. Amar Irsyad jatuh tersungkur menyembah bumi.Tanpa ditunggu-tunggu lagi, Imran Hadi terus menelefon pemandunya,Pak Hassan supaya membawa pulang Amar Irsyad ke rumah ibunya sendiri.
“Kau tak apa-apa ke,?”Hati kecilnya tidak dapat menafikan kecantikan wanita yang sebelum ini tertutup kini terdedah di hadapannya. Rambutnya yang panjang mengurai serta warna kulit yang kemerah-merahan akibat tangisan wanita itu sedikit-sebanyak menggetarkan jiwa lelakinya.
Hayati menangis dalam sendu mengenangkan nasibnya. Perasaan malu bercambah dalam dirinya tatkala itu.Dia malu dengan lelaki yang sedang berdiri di hadapannya kini. Dia malu untuk berdepan dengan lelaki itu dalam keadaan begini.Hampir-hampir maruahnya tergadai di tangan seorang lelaki yang diracuni minumam syaitan.
Imran Hadi merapatkan kedudukannya mendekati Hayati yang masih terduduk lesu di atas katil. Hayati mengelak. Imran Hadi mengerti lalu beralih semula. Imran Hadi berdiri sambil menyandarkan bahunya di balik pintu.
“Itulah, aku dah cakap dekat kau. Jangan percaya sangat dengan lelaki ni. Yang kau pergi tolong dia tu kenapa?”
“Macam mana awak tahu?Saya cuma nak tolong dia aje sebab dia mabuk depan rumah saya. Tak sangka pula nak jadi macam ni,” Hayati masih tegar berbicara dalam sendu.
“Nasib baiklah aku terasa nak ekori kau berdua,kalau tidak,hmm,tak tahulah apa dah terjadi dekat kau,” nada simpati mula menyengat tangkai hati lelaki itu. Tiba-tiba pintu diketuk dari luar beserta salam. Imran Hadi berkira-kira itu mungkin Pak Hassan yang berpatah balik atas alasan tertentu. Sambil salam dijawab, Imran Hadi menarik daun pintu. Tetapi alangkah terkejutnya dia apabila berdiri di hadapannya kini empat orang lelaki yang berpakaian songkok hitam dan putih. Lidahnya kelu. Diam membisu. Dia mengerti benar akan kehadiran empat orang lelaki itu.
“Kami dari Pejabat Agama. Kami menerima laporan bilik ini sering menjadi tempat maksiat,” salah seorang daripada mereka memberitahu akan tujuan kedatangan mereka sambil meluru masuk ke dalam bilik tersebut.
Hayati diam membingung. Tangannya yang ligat memasang kerongsang pada tudung serta-merta terjatuh lesu.Terasa dirinya kini sedang dihempap batu besar. Gemuruh jantungnya tidak tertahan. Dia merasakan darah sudah kering dari mengalir di dalam tubuhnya.Di wajahnya kini hanya terbayangkan wajah mak yang tercinta. Tanpa dipaksa, air matanya berguguran lagi. Dia telah ditangkap khalwat bersama Imran Hadi, lelaki yang amat dibencinya sebelum ini dan kini telah menyelamatkan maruahnya. Walaupun cuba diterangkan berkali-kali, pihak mereka tetap tidak mempercayai akan perkara sebenar memandangkan pada ketika itu, keadaan dirinya sendiri yang agak terdedah manakala keadaan Imran Hadi yang tidak terurus setelah bertumbuk dengan Amar Irsyad. Sebenarnya, pihak Jabatan Agama telah beberapa kali menerima laporan tentang bilik tersebut yang merupakan tempat Amar Irsyad bermalam. Amar Irsyad yang terkenal dengan sikap playboynya itu sering membawa keluar masuk perempuan ke biliknya. Malangnya,implikasi serbuan yang dilancarkan oleh Jabatan Agama itu terpalit pada diri mereka berdua.
Akhirnya, Hayati terpaksa menerima hakikat bahawa dia terpaksa dikahwinkan dengan lelaki yang tidak pernah dicintainya itu oleh Jabatan Agama dengan diwalikan oleh Abang Hadi sendiri. Semua orang tidak tahu akan hakikat sebenar melainkan abang Hadi sendiri. Puan Naemah telah bermati-matian ditipu oleh Hayati sendiri dengan mengatakan bahawa mereka berdua saling mencintai dan telah terpikat dengan budi-pekerti masing-masing.
* * * * * * * * * * * * *
No comments:
Post a Comment