Sunday, 3 April 2011

NO TITTLE PART 17

Masing-masing diam membisu. Kejadian dinihari tadi masih menerpa di segenap ruang fikiran mereka berdua. Hayati sudah tidak sabar-sabar ingin berjumpa dengan emaknya di kampung. Sudah dua minggu dia tidak pulang ke kampung sejak mendirikan rumah tangga. Imran yang memandu di sebelahnya sedikit gugup. Takut-takut tingkah lakunya yang tidak sedap mata memandang akan terpapar pada pandangan ibu mertuanya itu.
Belumpun menjangkau setengan jam perjalanan,Imran memberhentikan kereta Honda CRVnya di hadapan sebuah klinik berdekatan. Timbul tanda-tanya dalam benak Hayati tentang tujuan Imran. Imran lantas menarik tangan Hayati supaya masuk ke klinik bersamanya. Hayati hanya mengikut namun menarik perlahan-lahan tangannya daripada pegangan Imran.
“Imran, apa awak nak buat dekat klinik ni? Ape,demam awak belum sembuh ke?”
“Ha? Saya? Taklah. Demam saya dah sembuh sebab pertolongan awak jugak semalam,” Jari Imran bermain-main dengan kunci kereta.Kembang-kuncup hati Hayati dek mendengarkan kata-kata Imran itu. Dia tanpa banyak bicara menghulurkan kad pengenalannya apabila diminta oleh Imran.
“Habis tu? Nak buat apa kita datang ke sini?”
Soalan Hayati tidak mendapat jawapan tatkala Imran raghib berkata sesuatu kepada pembantu klinik tersebut.
“Awaklah…,”
“Hah?? Saya? Kenapa?”
“Pagi tadi bukan ke awak sakit perut yang sangat kritikal. So, kita datang sini untuk buat checkup for you”.
“Ap…apa?!!Eh..Imran. Tunggu….tunggu… Tak payah buat medical checkup. Saya oklah. Saya tak apa-apa,” Hayati menggeleng kepala beberapa kali sambil memaut lengan Imran keluar dari klinik.
‘Matilah aku. Imran ni nak mampus agaknya. Pandai-pandai bawak aku jumpa doktor’. Hayati semakin kalut tatkala namanya dipanggil.
“Awak ni, doktor pun nak takut? Bukannya serigala nak takut-takut.Tak apa kalau awak takut,saya temankan awak masuk dalam,” Imran mengunjukkan jari telunjuknya ke arah bilik doktor.
“Eh..Eh…tak payah..tak payah…bi…biar saya seorang saja masuk. Awak tak payah susah-susah,” Hayati menolak tubuh Imran sambil ketawa tersengih-sengih yang sengaja dibuat-buat.
“Isy..kenapa awak ni susah sangat nak berjumpa doktor,ni? Bukannya nak kena suntik pun. Alah,alang-alang kaki saya dah menapak masuk ni takpelah biar saya masuk sekali. Saya ni kan suami awak?” Imran berkata separuh berbisik ke telinga Hayati.
‘Suami konon!!’ matanya dijegil luas serta bekerut dahinya memandang wajah Imran.
Hayati terdesak. Doktor sudah menanti untuk menjalankan tugasnya.
‘Mengada-ngada betul si Imran ni. Macam mana kalau dia tahu ‘sakit’ sebenar aku ni? Malulah aku.’
Perlahan-lahan punggungnya dilabuhkan di atas kerusi berhadapan doktor. Imran mengambil tempat duduk di sebelah Hayati.
“Puan, apa masalah puan?”
Hayati teragak-agak memandang wajah doktor separuh abad itu. Dia memandang wajah doktor dengan Imran silih berganti. Hayati tersenyum sumbing. Tidak tahu harus bermula dari mana.
“Macam ni, Doctor,isteri saya ni sakit perut yang sangat teruk pagi tadi. Tibe-tibe je sakit perut dia sakit,”
Imran yang tidak sabar-sabar menanti jawapan dari mulut Hayati lantas menceritakan masalah sebenar.
Hayati tidak senang duduk. Doktor wanita yang berbangsa India itu memeriksa dirinya. Setelah itu, beliau berkata sesuatu setelah diam seminit dua.
Hayati dapat meramal apa yang bakal diutarakan oleh doktor wanita itu. Bibirnya diketap sambil menundukkan pandangan.
“Encik, sebenarnya,sakit perut isteri encik ni berpunca daripada datang bulan. Sakit perut di saat menstruasi biasanya terjadi kerana disebabkan ketidakseimbangan antara estrogen terhadap progesteron. Kontraksi otot rahim yang terlalu kuat ketika mengeluarkan darah memang menyebabkan rasa sakit. Oleh kerana otot rahim terlalu kuat berkontraksi,maka ia boleh menyebabkan berlakunya ketegangan otot yang kuat. Kontraksi inilah yang menyebabkan timbulnya rasa sakit dan kejang semasa datang bulan. Jangan bimbang encik, kerana perkara ini biasa terjadi pada mana-mana perempuan normal seperti Puan Izzatul Hayati ni Yelah,cume kadang-kadang,rasa sakit tu berbeza-beza. Ada yang terlalu sakit,ada yang tak sakit sangat,”
Doktor wanita itu kelihatan mengukir secangkir senyuman di tubir bibirnya melihatkan reaksi Imran yang berkerut dahi mendengarkan penerangannya itu.
Hayati tidak membalas pandangan Imran yang merenung dalam wajahnya. Malu. Hanya perkataan itu yang melayang dalam kotak fikirannya. Dia lantas masuk ke dalam kereta. Imran mula menggerakkan kereta menuju ke destinasi yang seterusnya.
Imran memandang sekilas ke arah Hayati kemudiannya tersenyum sinis.
“Itulah awak. Saya dah cakap, saya tak apa-apa. Awak pandai-pandai sendiri tu buat apa?”
Ada nada geram dalam diri wanita itu. Apa tidaknya, sudahlah memaksanya berjumpa doktor kemudian masih tegar tersenyum sinis ke arahnya. Geram betul dengan tindakan Imran yang pandai-pandai bertindak sendirian.
“Eh,jadi perempuan ni susah betulkan? Waktu datang period sakit,waktu mengandungkan baby pun susah, nak bersalin pulak satu hal,” Imran bersuara setelah berdiam diri. Tiada tindak balas daripada Hayati.
‘Tahu tak pe.’Hayati berkata dalam hati sambil pandangan matanya melayang ke luar tingkap.
“Eh, Hayati,sakit sangat ke period yang awak alami pagi tadi tu? Daripada penerangan doktor tu,saya dapat bayangkan betapa sakitnya kesan datang bulan ni kan?”
“Isy..awak ni kan,boleh tak tumpukan perhatian semasa memandu? Jangan sibuk hal sayalah!”
Muka Hayati masam mencuka. Malas dilayan si Imran itu. Makin dilayan makin menjadi-jadi sifat kebudak-budakannya.
‘Ada ke patut isu datang bulan boleh dijadikan bahan perbualan? Yang tak patutnya,berdiskusi dengan mamat seposen ni pulak tu. Hai…apelah nasib. Malu tahap impak maksima aku hari ni.’
“Janganlah terlalu emo sayang…Opss…saya pernah terdengar,orang datang bulan ni cepat marah dan moody.Sekarang,baru saya mempercayai kenyataan tu,” Imran ketawa mengekek sambil memandang wajah Hayati.
Terpana Hayati mendengarkan kata-kata ‘sayang’ dari mulut lelaki itu.
‘Eii!mengada-ngada betul!’ getus hati kecilnya.

No comments:

Post a Comment