Setelah menempuh berjam-jam perjalanan,akhirnya, mereka selamat tiba ke kampung halaman Hayati di kampung Suka Menanti,Alor Star. Ketibaan mereka berdua disambut dengan penuh kesyukuran. Keadaan turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran keluarga mak long serta keluarga pak teh Hayati. Usikan-usikan nakal turut kedengaran membuatkan perasaan malu menggunung dalam dirinya. Lain pula bagi Imran. Naluri lelakinya dapat mengesan sesuatu yang tidak kena pada pandangan sepupu Hayati,Khai. Imran kurang senang cara pandangan lelaki itu terhadap isterinya. Tiada angin,tiada ribut,jari-jemari Imran pantas merangkul erat pinggang Hayati. Tersentak Hayati dibuat Imran. Masakan dihadapan orang ramai Imran berani bertindak sedemikian. Sedikit demi sedikit dijarakkan tubuhnya menjauhi tubuh Imran. Khai yang sedar akan keintiman yang sengaja dibuat-buat Imran itu cepat-cepat mengalihkan pandangannya,pantas beredar meninggalkan halaman rumah Hayati. Baru puas hati Imran. Geram betul Imran dengan sikap cuai Hayati. Masakan dia tidak perasan akan pandangan pelik sepupunya itu.
Suasana menjadi lengang sebaik sahaja semua saudara-mara mula beredar. Pelbagai perkara telah dibualkan Imran bersama ibu mentuanya itu. Bertuah sungguh dirinya kerana mendapat seorang ibu mentua yang sangat baik hati dan peramah. Serta-merta ingatannya singgah pada wajah mama yang dikasihi. Sayangnya,mama tidak sempat menatap wajah menantunya,Hayati. Allah lebih menyayangi arwah mama serta papanya. Bertuah betul Hayati kerana masih memiliki ibu sebaik ini.
Imran menapak ke kamar peraduannya. Dia ingin membersihkan badannya yang melekit akibat berpeluh. Sebaik sahaja kakinya terpacak di muka pintu,hati lelakinya terpana. Sekujur tubuh di hadapannya kini yang hanya memakai towel menggetarkan jiwa lelakinya. Tidak pernah gadis itu menampakkan keadaan dirinya seperti ini. Hayati tergamam tanpa sempat menyarungkan pakaiannya ke tubuh. Bahagian atas dada yang putih melepak serta pahanya jelas kelihatan tanpa sempat dia bertindak. Hayati pantas menarik selimut yang membaluti katil lalu menutupi bahagian anggota badannya yang terdedah. Menyesal dirinya sudah tidak berguna kerana terlupa mengunci pintu. Padahal, dia berkira-kira lelaki itu mungkin meluangkan masa lebih lama untuk berbual-bual dengan ibunya.
Naluri lelakinya yang ego cuba berlagak selamba seperti tiada apa yang berlaku. Sekelumit iman yang masih berbaki membuatkan Imran masih terpacak berdiri. Tiada sepatah perkataan pun yang terkeluar dari bibir mungil Hayati. Masing-masing saling memandang antara satu sama lain. Imran diam membatu,Hayati dirundung malu.
“Im..Imran, boleh tolong keluar dari bilik ni sekejap? Saya..say.. Saya nak pakai baju ni,”Hayati berkata lambat-lambat. Hatinya berharap benar agar lelaki itu memahaminya.
“Laa…inikan bilik saya juga. Ape? Saya boleh pun tukar baju depan awak mase kat KL. Kenapa awak tak boleh pulak?” Imran buat muka tolol. Naik meluat dengan sikap Imran yang kebudak-budakan,Hayati mendengus geram.
“Imran,tolonglah…tolonglah keluar kejap…ok?”Tangannya masih utuh memegang hujung kain selimut menutupi tubuhnya yang terdedah. Peluang cerah menunggu di hadapan. Imran tidak mahu melepaskannya. Tiba-tiba timbul niat niat nakal dalam diri lelaki itu. Padanya,tidak salah kerana,mereka merupakan suami isteri yang sah. Daun pintu ditutup rapat lalu di kunci.Lantas kakinya melangkah kemas ke hadapan. Alur pucat terukir di wajah Hayati yang kemerah-merahan. Imran melangkah berani mendekati Hayati. Pandangannya galak memerhatikan setiap inci tubuh wanita di hadapannya itu. . Gadis itu kaget. Debar hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu.
‘Apa pula mamat ni nak buat?’
Getusya dalam hati. Dadanya berombak kencang. Tingkahnya kini tidak keruan.
Gila lelaki ni!!
Sebelum Imran sempat melakukan tindakan bodoh,Hayati terlebih dahulu bertindak. Sepantas kilat Hayati menapak untuk berlari meninggalkan bilik tersebut. Imran yang tidak menduga akan tindakan yang bakal di ambil oleh Hayati serta-merta menarik tubuh wanita itu. Permainannya masih belum tamat. Keadaan yang tegang itu bertambah tegang apabila tindakan drastik Imran itu mengubah suasana.
“Arghhh!!”
Imran menjerit sambil membeliakkan matanya memandang Hayati. Mulutnya terlopong luas. Pantas matanya ditutup dengan telapak tangan.Inderanya cepat-cepat di panah ke tempat lain.
“Makkk!!!” Hayati menjerit panjang sambil membeliakkan mata memandang tubuhnya.
Bukan tubuh Hayati sahaja yang berjaya ditarik ke pelukan Imran,malah, sekali kain tuala yang menutupi tubuh Hayati turut terlerai dari tubuhnya. Pantas, pelukan Imran terlepas menyebabkan tubuh Hayati terhempas ke lantai marmar. Terpempan Hayati dan Imran dengan keadaan tersebut. Hayati cepat-cepat mencapai kain tuala yang yang terlerai dari tubuhnya.
“Awak!! Awak buat apa Imran?!” Hayati berang dengan tindakan bodoh lelaki itu.
“Ha…er…say…saya,saya tak tahu..saya tak sengaja,” Terketar-ketar tangannya cuba mencapai kain untuk menutupi tubuh Hayati.Namun, sepantas kilat tangannya di tepis kasar sekali oleh Hayati. Amarah sudah mula mengubui atmanya persis sebuah gunung berapi yang menunggu masa untuk memuntahkan lahar ke bumi.
“Arghh! Sudah!Saya dah tak tahan….”
“Aya, Imran…awat bising-bising ni? Ada apa?”
Hayati tidak sempat meneruskan kata-katanya tatkala kelibat emaknya kelihatan di ambang pintu. Hayati dan Imran kaget. Mereka terpaksa mencari alasan lagi. Kemarahan Hayati yang membuak-buak persis lava gunung berapi yang menanti masa untuk meletup itu serta-merta menurun suhunya.
“Er…Aya ni mak. Dia terkejut tikus,” Imran cuba mencari jawapan yang sesuai sebagai jawapan kepada pertanyaan emak mertuanya itu.
“Ha? Ti..tikus…? Ya..betul mak. Aya terkejut tadi sebab ada anak tikus melintas depan Aya,” Hayati memandang geram lelaki itu. Merah padam mukanya menahan amarah yang sudah menusuk tangkai hatinya bercampur perasaan malu. Masakan tidak,tubuhnya tergolek jatuh tanpa seurat benang dihadapan mata kepala lelaki itu sebentar tadi.
Puan Naimah hanya mampu menggelengkan kepala melihatkan keadaan anak dan menantunya tanpa mengetahui keadaan sebenarnya..
“Isy..mai mana pulak dah tikus ni. Mak rasa tikus-tikus ni mati habis dah kena racun,” Puan Naimah berlalu meninggalkan mereka berdua. Imran lantas bergerak ke bilik air untuk mengambil wudhuk untuk mengerjakan solat Isyak. Hayati menghantar pemergian Imran dengan sorotan pandangan yang sukar ditafsir. Malu,geram,benci,semua perasaan itu bergabung menjadi satu.
Hayati mengunci pintu.
Dia berpaling pada cermin. Ditatap setiap inci tubuhnya yang kini lengkap berpakaian. Tanpa dipinta,imbasan kejadian yang memalukan sebentar tadi menjengah ke alam fikirannya.
‘Macam mana aku nak berdepan dengan Imran ni? Malunya aku usah diceritakan. Semuanya salah si Imran ni. Kalau dia tak berlagak hero cabuk dengan menarik tubuh aku,tak jadilah perkara yang memalukan ini. Percuma je si Imran sengal tuh dapat tengok tubuh aku. Arghhh!! Nak gila aku macam ni.’
* * * * * * * * * * * * * * * * *

No comments:
Post a Comment