Seusai pasangan itu menjamu selera, mereka terus menunggu kepulangan Datuk Yahya dan Datin Maznah sambil menonton televisyen. Mata masing-masing menumpukan perhatian pada skrin televisyen. Tiada lagi kedengaran perbualan antara mereka. Suasana sunyi yang tercipta sekejap sahaja dipecahkan oleh bunyi telefon bimbit Hayati. Ada nada resah dalam sanubari Imran tika itu. Hayati pantas mencapai telefon bimbitnya yang berbunyi menandakan ada mesej masuk.
“Siapa tu?” Pantas soalan itu yang terpacul dari bibir Imran.
“Mak,”
‘Nasib baik bukan mesej dari Amar.’
Imran mampu menarik nafas lega.
“Mak tanya khabar. Mereka kirim salam dekat atuk dengan nenek dan abang jugak….err..awak jugak,” Cepat-cepat Hayati membetulkan kata-katanya yang tersilap ungkap. Merah padam muka Hayati tatkala pandangan tajam Imran dihantar tepat ke peta mukanya.
“Oo..kalau macam tu,cakap ajelah atuk,nenek dan ‘ABANG’ juga sihat walafiat,” Imran berkata selamba sambil matanya kembali terarah pada skrin televisyen. Dia sengaja menekankan perkataan ‘abang’. Dalam hatinya hanya Tuhan sahaja yang mengerti. Seperti pepohon sakura yang berbunga indah. Hatinya masih samar-samar. Dia tidak mengerti apakah tanda perasaan yang sedang sarat dalam jiwanya kini. Adakah ini yang dikatakan cinta? Adakah benar dia sudah terpikat pada gadis yang ternyata masih suci itu? Fikirannya buntu. Masih tiada jawapan kepada soalan yang sengaja dicipta oleh mindanya itu. Lamunan Imran melesap tatkala Hayati bersuara.
“Awak,saya nak balik kampung esok. Awak benarkan saya balik?” Hayati bersuara lambat-lambat. Hayati sengaja meminta kebenaran daripada Imran, suaminya itu terlebih dahulu kerana tidak mahu dikatakan isteri yang derhaka terhadap suaminya. Dia masih ingat akan sabda junjungan mulia,Nabi Muhammad S.A.W yang bermaksud, ‘Apabila seseorang wanita itu telah melakukan solat lima waktu dengan sempurna,berpuasa di bulan Ramadhan dengan cukup syarat,menjaga maruah diri serta mentaati suaminya, maka di akhirat kelak, dia akan diseru masuk ke dalam syurga dari arah pintu mana yang disukainya’.
“Boleh apa salahnya. Saya benarkan,”
Imran menjawab setelah berdiam seminit dua. Secarik senyuman terukir di tubir bibir gadis itu.
Jarum jam di dinding sudah mengjangkau ke angka sebelas. Namun,Datuk Yayha dan Datin Maznah masih belum pulang. Pastinya mereka masing-masing rancak berbual dengan rakan lama yang sudah lama tidak berjumpa.
Rasa kantuk sudah mula menjengah.
“Er..Imran,saya rasa baik awak yang tidur atas katil malam ni. Biar saya ajelah yang tidur atas sofa.
Tanpa membuang masa lagi,Imran terus merebahkan tubuhnya yang lemah di atas tilam yang empuk.
* * * * * * * * * *

No comments:
Post a Comment