Datuk Yahya memandu sendiri ke pejabat lantaran Pak Hassan terpaksa pulang ke kampung atas sebab hal peribadi. Syarikat yang masih di bawah naungannya itu masih memerlukan khidmat keringat tuanya yang amat berpengalaman dalam bidang tersebut.
“Hai,Amar lama atuk tak nampak kau. Ke mana kau menghilang? Ke syarikat pun tak, ke rumah atuk pun jarang kau singgah? Jangan-jangan, kau ni ada pasang mana-mana perempuan kot?”
“Isy..atuk ni, tak adalah. Amar pergi bercuti beberapa hari ni…saja tenangkan fikiran,”
“Hai, pergi bercuti? Kalahkan Abang Im kamu yang berkahwin lagi?”
“Maksud atuk?” Amar menggeleng kepala tanda tidak mengerti.
“Yalah, Abang Im kamu yang berkahwin pun tak pergi makan angin, kamu pulak yang pergi bercuti,”
“Ha, macam mana dengan khabar Abang Im dengan isteri dia?” Amar cuba mengubah topik perbualan supaya Datuk Yahya tidak terus menyoalnya dengan perbagai soalan lagi. Hairan juga dengan abangnya yang tidak meluangkan masa untuk berbulan-madu dengan gadis pilihannya itu. Sekiranya sudah saling cinta-mencintai, sudah tentu pasangan itu akan meluangkan sedikit masa untuk bersama. Timbul di benaknya tatkala itu, jika dialah yang dapat menawan hati wanita yang telah selamat menjadi suri hidup abangnya itu, sudah tentu dia akan membawa isteri kesayangannya berbulan-madu di Paris,tidak pun di mana-mana tempat menarik di negara kulit putih itu.
Arghh!
Mungkin Abang Im dan isterinya mempunyai agenda tersendiri. Terdetik segumpal darah cemburu di dasar hati lelakinya terhadap Imran Hadi yang berjaya memiliki gadis secantik dan sesempurna Nor Izzatul Hayati. Dia tidak pasti apakah daya tarikan yang ada pada Imran Hadi sehingga Hayati sanggup menjadi suri hidup abang sepupunya itu walhal mereka baru sahaja berkenal-kenalan. Yang pasti, setelah peristiwa hitam yang berlaku tanpa kawalan antaranya dengan gadis itu,langsung dia mendapat khabar berita bahawa Imran Hadi dan Hayati saling cinta-mencintai dan bakal mendirikan rumah tangga. Justeru, dia membawa hati yang rajuk ke tempat yang bisa mendamaikan hatinya. Amar segera mengembalikan fikirannya yang menerobos ke segenap ruang ke alam nyata. Dia kembali menumpukan buah butir bicara atuknya.
“Abang Im dengan Kak Aya kamu sihat. Nanti kalau lapang, datanglah rumah atuk. Boleh borak-borak dengan abang dan kakak kamu tu.”
Masakan dia dapat menjejakkan kakinya ke rumah itu. Sedangkan dia sering dihantui oleh kesilapannya beberapa bulan yang lalu. Kesalahan yang belum tentu menjamin secebis kemaafan dari tuan empunya diri. Kesalahan yang di luar kawalan tetapi kini telah memusnahkan nilai sebuah persahabatan. Amar mengeluh panjang.
* * * * * * * * * * * * * *.
»» BCE SMPAI ABES...