Sunday, 3 April 2011

NO TITTLE PART 19

Imran perlahan-lahan membuka pintu. Takut-takut dia mengejutkan Hayati pula. Di hadapannya sudah terhampar cadar dan sehelai selimut di atas lantai marmar. Imran mula merebahkan tubuhnya di atas cadar sebagai alas tidurnya.
“Imran!!”
Terkejut Imran dek sergahan itu.Imran mengurut dadanya beberapa kali. Dia bermuka selamba. Sengaja dia tidak memandang wajah wanita itu.
“Imran,saya geram betul dengan perbuatan awak tadi. Kenapa awak sanggup buat saya macam tu? Hah?!!”

“Er..Hayati,saya…saya ingat nak main-main je. Tak sangka pulak jadi macam tu,” Imran ketawa kecil yang sengaja di buat-buat.
“Main-main awak cakap?! Hm..Seronoklah awak ye? Kerana berjaya dalam permainan ni kan?”
Hayati bernada sayu.Titisan manik jernih mula bertakung di kelopak matanya lalu mengalir di pipinya yang gebu. Dalam kesuraman pancaran lampu meja,Imran perasan akan biasan manik jernih pada pipi Hayati. Serba-salah dirinya. Menyesal kerana bertindak mengikut perasaan.
“Hayati…Aya, saya betul-betul minta maaf. Saya…macam mana saya nak cakap ye?”
“Tak payahlah awak nak cakap apa-apa! Awak boleh ketawakan saya, awak boleh perli saya,awak boleh….”
“Aya…tolonglah,saya betul-betul minta maaf atas kejadian tadi tu. Lagipun,kejadian tu dah berlaku…..nak buat macam mana? Alah,kalau awak rasa tak adil, saya boleh bayar balik kesalahan saya tu. Nah..nah..saya akan tanggalkan seluar dan baju saya, haa…awak tengok pulak,”
Imran mula memegang baju untuk menanggalkannya.
“Isy…awak ingat saya ni mata keranjang macam awak tu ke? Gatal..mata jahat,…,”
“Cakaplah apa-apa pun, kalau itu yang membuatkan awak rasa senang,”
Imran mula membuat memek muka kasihan.
“Semua tu tak akan membuatkan saya senang untuk melupakan peristiwa tadi. Percuma aje awak dapat tengok tubuh saya. Saya malu! Saya malu,tahu tak?!”
Suaranya lantang memecah keheningan malam. Tangisannya sudah tidak dapat dikawal lagi.
“Kalau macam inilah jadinya,saya lebih rela diperkosa oleh Amar waktu dulu daripada berkahwin dengan awak!”
Terpana Imran mendengarkan kata-kata yang terluah oleh Hayati. Bagai halilintar yang membelah bumi. Hayati juga tidak menyangka dia akan mengungkapkan kata-kata itu.
“Awak…awak, kenapa awak sanggup cakap macam tu? Baik,kalau macam tu, saya….saya akan bertanggungjawab atas kesalahan saya ni!”
Bahang panas tiba-tiba menjelira ke mukanya. Hayati tidak boleh dibiarkan dengan kata-katanya itu. Dia tidak boleh berdiam-diri begitu sahaja.
Hayati menjadi gentar dengan reaksi Imran yang tiba-tiba berubah menjadi serius. Dalam kesuramaan cahaya lampu meja,Imran pantas merebahkan tubuhnya di sisi Hayati. Tidak cukup dengan itu,Imran bertindak dengan cuba memeluk erat tubuh Hayati ke dalam dakapannya. Hayati rimas dengan tindakan Imran. Dia bergelut untuk melepaskan dirinya daripada dakapan Imran. Imran pantas memperkukuhkan pelukannya.
“Imran,!! Apa tindakan bodoh awak kali ni hah?”
“Dah kau yang mintak kan? Aku nak buat sepertimana yang kau cakap tadi,”
Seperti orang hilang kewarasan,Imran menindih tubuh Hayati. Bibir mungil gadis itu bertubi-tubi diciumnya.
Hayati kaget dengan tindakan Imran. Dia cuba mengelak sejarah hitam dirinya daripada berulang.
“Imran,tolonglah jangan buat kerja gila ni…”
Hayati naik pucat melihatkan wajah Imran yang menyinga. Imran semakin berani bertindak kasar dengannya. Hayati tidak mahu hubungannya dengan Imran bermula dengan keadaan begini.Dia tidak boleh membiarkan Imran terus hanyut oleh panahan similir syaitan.
‘Panggg!’
Imran terpana. Tangannya mengusap pipi. Merah. Kebas.
Hayati terpaksa mengambil tindakan ini.
“Awakk…… Bukan ini caranya yang saya pinta daripada awak. Kenapa awak boleh berfikir untuk bertindak sampai macam ni? Saya isteri awak…..saya hanya layak untuk dapat layanan macam ni je ke,wak?
Sendu tangisan Hayati mengiringi pedih di tangkai hati.
“Saya akui,selama ni,saya semakin sayangkan awak walaupun awak selalu mengenakan saya. Saya dah tak mampu melindungi rasa hati saya yang menyintai awak semenjak awak menyelamatkan maruah saya daripada Amar. Tapi,awak telah mengkhianati kepercayaan saya terhadap awak. Yang berbezanya,Amar berada dalam keadaan tidak sedar,sebaliknya awak…awak sengaja bertindak macam ni ke atas diri saya,..awak main-main,tak serius,macam budak-budak…awak ingat saya ni ape?hah??”
Imran terduduk di birai katil. Dia memikir dalam kata-kata gadis itu.
Gadis itu mencintai aku? Benarkah dia mencintai aku? Mungkinkah akan diterimanya semula diriku yang tersilap langkah ini?

No comments:

Post a Comment