Sunday, 3 April 2011

NO TITTLE PART 9

Hayati terduduk di birai katil. Letih. Sehari suntuk dia diraikan sebagai raja sehari. Namun gelaran itu tiada erti bagi dirinya. Sejenak difikirkannya tentang masa depan yang belum pasti. Perkahwinan yang telah selamat direstui oleh kedua-dua belah pihak malangnya tidak pada si mempelai sendiri. Adakah dia akan diceraikan setelah beberapa bulan berikutnya? Ataupun beberapa hari kemudian dia akan di ceraikan? Pandangannya sempat terarah pada dekorasi bilik mempelai. Hasil sentuhan pereka yang menjadi pilihan Datuk Yahya dan isterinya,Datin Maznah sungguh unik dan menjadikan bilik yang sedang di dudukinya itu tampak berseri persis kamar beradu Sang Raja.
Pintu bilik dikuak dari luar.Imran menjengulkan kepalanya ke dalam bilik. Lantas kaki di susun atur memasuki bilik tersebut sambil menutup semula daun pintu. Hayati merasakan jantungnya sudah berdegup kencang seperti baru menamatkan larian 200 meter.
“Kenapa kau tak tidur lagi?”
“Saya tak mengantuk lagi. Lagipun,awal lagi ni,Encik Imran” Hayati cuba menyembunyikan gelodak di jiwanya.
“Oh…kau tunggu aku ke? ”
“Ish…tolong sikit. Mana ada!”
“Kau ni, depan atuk dan nenek jangan panggil nama aku ‘encik’,”
Hayati hanya mengangguk mengiakan kata-kata lelaki itu. Dia masih ingat lagi akan perjanjian mereka berdua sebelum berkahwin.
Imran terus berlalu ke almari pakaian. Dengan lagak bersahaja, dia melucutkan baju dari tubuhnya. Hayati serta-merta melarikan pandangannya daripada memandang lelaki itu. Tidak sanggup dirinya untuk menatap tubuh lelaki itu yang kini hanya memakai tuala.
“Kenapa kau palingkan muka? Ape? Bentuk badan aku ni menggoda kau ke?”
Hayati mengetap bibir. Geram.
“Eii…tolong sikit ye. Siapa sudi duduk dalam bilik ni dengan keadaan awak yang menggerunkan tu?”
“Oh, aku menggerunkan kau ye?” Imran sengaja melangkah ke depan merapatkan tubuhnya dengan Hayati yang sedang melabuhkan punggungnya di atas katil. Hayati terkesima. Imran merapatkan lagi kedudukannya dengan gadis itu. Hayati kaget.Hidung mereka hampir bertautan. Hayati terdorong ke belakang.
“Ishh…ingat sikit ye, tentang perjanjian kita dalam perkahwinan ni,Encik Imran” Hayati cuba mengingatkan lelaki itu supaya tidak bertindak jauh.
“Ha..sekarang macam mana? Menggerunkan? Taupun takut”
Jari telunjuk Imran sempat menyapa dahi licin Hayati sebelum melangkah ke bilik air.
“Ish..sakitlah,”
Sisa-sisa ketawanya masih melekat di bibir. Dia geli hati kerana wanita itu berjaya dikenakannya.
‘Berani betul dia jentik dahi aku? Suka hati mak bapak dia aje jentik anak orang.’
Hayati menggosok-gosok dahinya yang kesakitan.

Seusai sembahyang Isyak,Hayati mula berbaring di atas tilam yang empuk. Matanya mula terasa berat minta ditidurkan. Ditambah pula penghawa dingin yang sejuk hingga menusuk tulang menambahkan lagi kelazatan tidurnya malam itu.
Hayati memeluk bantal peluk di sisinya. Hairan dirinya, sejak bila pula ada bantal peluk di sisi? Seingatnya, bantal panjang itu sudah diletakkan di atas sofa untuk digunakan oleh Imran. Namun, semua itu tidak lagi Hayati endahkan dek kantuk yang menyelubungi diri tatkala itu.
Hayati mengiring ke kiri dan sekejap ke kanan. Bunyi jam loceng menghambat mimpinya ke alam nyata. Walaupun kantuk masih bersisa, Hayati tetap gagah menarik selimut yang sedang melingkari tubuh. Tanggungjawabnya pada Yang Esa tidak boleh diabaikan.Matanya terpejam- celik seketika tatkala terpandangkan ‘bantal peluk’ di sebelahnya.
“Imran!! Bangun!! Siapa suruh awak tidur di tepi saya?” Hayati menjerit kuat sambil menampar-nampar tubuh sasa lelaki itu yang sedang raghib diulit mimpi.Imran yang terkejut mendengarkan sergahan Hayati bangun terpinga-pinga sambil menggaru-garu kepalanya.
“Kenapa ni? Kan ke masih awal lagi ni,” Imran berkata malas sambil menutup mulutnya yang sedang menguap.
“Awak…siapa suruh awak tidur di sebelah saya? Siapa suruh? Hah?!!”
“Eh, diamlah! Nanti atuk dengan nenek dengar suara kau terjerit-jerit macam ni,” Imran bertindak drastik menutup mulut Hayati dengan kedua-dua belah tangannya.
“Apa diam-diam?” Hayati berusaha meleraikan pautan sasa lelaki itu yang sedang menekup mulutnya.
“Oittt kita dah berjanji lepas berkahwin tanak ada hubungan tu kan? Tapi, awak dah…”
“Eh, aku cuma tidur atas katil ni aje tau?Aku tak buat apa-apa pun. Kau tu, kenapa peluk aku dengan erat semalam? Lagipun, aku ni bukannya gila lagi nak sentuh badan kau tu,” Imran berlalu pergi ke bilik air meninggalkan Hayati terkulat-kulat seorang diri. Segala kantuknya kini tinggal sisa dek mendengarkan jeritan Hayati di awal pagi begini.
“A…apa awak cakap? Saya peluk awak semalam?”
Rupa-rupanya bukan bantal peluk yang berada dalam dakapannya semalam tetapi tubuh Imran yang didakapnya. Malu sungguh dirinya dengan lelaki itu.
‘Arghh!!Malu!!’
“Pagi, datuk,” Imran menarik kerusi lalu duduk bersebelahan datuknya.
“Pagi,” Datuk Yahya tersenyum ke arah cucu sulungnya itu dan menumpukan semula perhatiannya terhadap akhbar hari ini. Di dapur, Datin Maznah bersama-sama Hayati menghidangkan sarapan pagi. Masing-masing mengambil tempat duduk setelah makanan siap terhidang di atas meja yang diperbuat daripada kayu oak gelap itu.
“Em..sedapnya nasi goreng ni. Siapa yang masak?”
“Siapa lagi yang masak,bang? Si Aya ni la,” Datin Maznah memandang sambil tersenyum ke arah Hayati yang berada di sebelahnya itu. Hatinya kembang semangkuk tatkala dipuji oleh Datuk Yahya kerana berjaya menghidangkan sajian nasi goreng kampung bercili yang sedap.
“Oh ya, macam mana semalam?” Datuk Yahya mengenyitkan matanya separuh berbisik ke arah Imran yang duduk di sebelahnya..
“Macam mana apa ,atuk?” Imran berpura-pura tidak mengerti.
“Apa yang bising-bising pagi tadi tu,?” Soalan yang keluar dari mulut Datin Maznah membuatkan Hayati tersedak ketika menghirup teh O panas. Imran dan Hayati saling berpandangan.
“Er…itu..itu…” Imran mencari-cari jawapan kepada neneknya.
“Oh…Imran ni nek. Dia terjatuh katil,” Serentak itu,Datin Maznah dan Datuk Yahya ketawa tidak henti-henti mendengarkan kata-kata Hayati .
“Isy,isy…ganas jugak cucu atuk ni,ye?” Datuk Yahya saling berpandangan dengan cucu sulungnya itu.
Imran terkejut tatkala mendengarkan jawapan yang terkeluar dari bibir mungil gadis di hadapannya itu. Imran mengetap bibir sambil menjegilkan kedua-dua bebola matanya ke arah Hayati. Tanda dia akan membalas dendam terhadap gadis itu.
Hayati masih ketawa mengejek ke arah Imran yang terkumat-kamit memperkatakan sesuatu.
“Er, atuk, nenek,Im ingat, Im nak suruh Aya berhenti kerja laa. Boleh dia tolong-tolong nenek dekat rumah ni,haa,nenek pun,taklah sunyi sangat…kn?”
Hayati yang dari tadi bergelak-ketawa serta-merta bertukar reaksi. Segala gelak –tawa yang singgah di bibirnya kini terbang melayang entah ke mana. Hatinya bertambah panas tatkala Imran memandang secara mengejek ke arahnya.
“Im dah berbincang dengan Aya,?”
“Sudah, nek,”
“Tapi, Imran….”
“Ayang.kite kan dah bincang,dah setuju pun dengan cadangan abang semalam kan?”
Hayati mati akal. Mahu dilawan, nenek dan atuk berada dihadapannya. Pandainya lelaki ini berkata-kata dan mencipta satu pembohongan yang bakal memusnahkan kerjayanya.
‘Ayang? Abang?Amboiiii sesedap kek coklat indulgence ko cakap ekh?Haisyyy ni tak boleh jadi nih…’ Hayati semakin tidak berpuas hati dengan Imran Hadi yang berani memanipulasikan hidupnya.
* * * * * * * * * * * * * * * *

No comments:

Post a Comment