Datuk Yahya sekeluarga mengambil angin di halaman taman yang dihias indah landskapnya. Hari-hari cuti begini, beliau sekeluarga kerap menghabiskan masa dengan beriadah di taman yang terletak di hadapan rumah banglonya itu. Hayati dan Imran tidak terkecuali daripada aktiviti riadah tersebut. Imran dan Hayati melabuhkan punggung di atas kerusi batu.
“Encik Imran, napa awak cakap saya nak berhenti kerja dekat atuk ngan nenek? Kenapa tak bincang dulu dengan saya?” Hayati menghamburkan soalan yang setelah sekian lama membeku di dalam kotak fikirannya. Hayati berpeluang berbuat demikian memandangkan nenek dan atuk leka memberi makan ikan-ikan di dalam kolam yang terselindung daripada lokasi kedudukan mereka. Hatinya panas.
“Isy..jangan biasakan diri kau tu dengan panggil aku ‘encik’, faham? Berapa kali aku nak cakap daa?”
“Oklah. Encik…eh… Imran. Tapi,awak tahukan, betapa pentingnya kerjaya bagi saya. Saya baru nak bermula dalam kerjaya saya ni,tapi awak dah musnahkan karier saya. Lagipun,kita dah berjanji tak akan masuk campur urusan masing-masing,kan?” Hayati bersuara memujuk.
“Oklah..Oklah..nanti aku cakap dengan atuk dan nenek. Yang kau tu, kenapa panggil nama aku ‘Imran’ macam tu je, depan atuk dan nenek. Mana boleh,nanti apa pula kata orang tua tu nanti?”
“Habis tu, awak nak suruh saya panggil awak ape? Baby ?Darling?Sweetheart? Saya ni bukannya hipokrit macam awak tu, Encik Imran Hadi,” Hayati mengerling ke arah Imran yang hanya tersenyum. Benci sungguh hatinya dengan gelagat dan tingkah-laku lelaki itu. Patutlah sampai sekarang tak ada buah hati. Hayati sempat mengutuk lelaki itu di dalam hati.
“Ehem, aku ni pun bukanlah hipokrit sangat,Cik Nor Izzatul Hayati,oii,” Imran sengaja meniru Hayati yang menyebut nama penuhnya. Dia lantas bangun dari kerusi lalu merapatkan tubuhnya dengan Hayati yang duduk di hadapannya.
“Isy..apa lagi ni Encik Imran,?” Hayati kurang senang dengan pandangan tajam Imran yang mencucuk ke dalam anak matanya. Imran mendekatkan wajahnya dengan wajah gadis itu. Dia tersenyum galak menatap wajah Hayati yang berjarak hanya beberapa inci sahaja. Hayati masak benar akan tindak-tanduk lelaki itu namun cuba dikawal emosinya.
“Isy..nanti atuk dengan nenek nampaklah,isyyyy!!!” Hayati terdorong ke belakang,namun terhalang oleh bahu kerusi. Dengan sepantas kilat, Hayati menolak dada bidang Imran . Serta-merta, lelaki itu jatuh terduduk di atas tanah. Geram sungguh hatinya dengan tindakan oleh gadis yang disangka lemah itu.
“Woi, jaga kau,Hayati. Aku akan balas dendam,” Imran segera bangun lalu mengejar Hayati yang sudah mula menapak mahu melarikan diri. Datuk Yahya dan Datin Maznah hanya tersenyum sambil menggeleng kepala melihatkan keletah pasangan tersebut.
* * * * * * * * * * * * *
“Awak tak siap lagi ,Encik …er..Imran?Waktu Maghrib dah lama masuk ni,”
“Kau pergilah turun dulu, nanti aku sembahyanglah,”
“Imran, waktu solat jangan dilewat-lewatkan. Lebih baik kita sembahyang berjemaah bersama-sama. Penting untuk kesejahteraan seisi keluarga serta menambah cahaya di segenap ruang rumah yang besar ini,” Imran berhenti sejenak memikirkan kata-kata Hayati yang berjaya mengetuk gegendang hatinya. Sebelum dia mengahwini perempuan itu,tidak pernah dia mengambil berat soal kewajipan lima waktu ini. Matanya melirik pada gerak langkah Hayati sehingga gadis itu hilang dari pandangan.
Hayati yang sudah siap berpakaian telekung turun ke bilik sembahyang untuk solat berjemaah Maghrib seterusnya solat Isyak berjemaah bersama-sama atuk dan nenek.
“Mana Imran, Aya,?”DatukYahya mengerutkan dahi tatkala tidak kelihatan kelibat Imran.
“Imran…er…Abang Imran…”
Belum sempat Hayati menyudahi kata-katanya,kelihatan Imran sudah terpacak di depan pintu. Pandangan mereka sempat bertautan.
Tenang dan khusyuk sekali Hayati dalam ibadah yang diimami oleh Imran sendiri. Walaupun surah –surah yang dibacakan oleh Imran merupakan ayat-ayat lazim yang pendek, tetapi Hayati tetap merasa puas. Lelaki ini tidaklah seteruk yang disangkanya selama ini.
* * * * * * * * * * * *

No comments:
Post a Comment