Mesyuarat bagi membincangkan projek pembinaan yang didokong oleh Syarikat Bina Enterprise sedang berjalan di bilik mesyuarat utama dengan diketuai oleh presiden syarikat tersebut iaitu Datuk Yahya.
“Kita telah berjaya mendapatkan satu lagi kontrak pembinaan rumah teres di kawasan yang sedang membangun di daerah Kuala Selangor. Jadi, Imran, tolong bentangkan pelan pelaksaan projek ini,” Datuk Yahya memulai agenda mesyuarat pada tengah hari itu selaku presiden Syarikat Bina Enterprise.
Imran Hadi bangun dan membuka laptopnya untuk dibentang kepada ahli jawatankuasa mesyuarat melalui LCD.
“Dalam kepesatan perkembangan reka bentuk dan seni bina tidak kiralah sama ada rumah atau bangunan sekalipun,kita semakin lupa tentang ciri seni bina sendiri. Bidang seni bina kita bagaikan hilang identiti diri. Ciri tradisional lambang masyarakat Melayu perlu diangkat elemen tertentu sebagai ikon seni bina Malaysia yang akan diketengahkan oleh Syarikat Bina Enterprise. Justeru,Syarikat Bina Enterprise akan menghasilkan rumah teres yang mempunyai konsep rumah Melayu tradisional bagi mengatasi semua masalah yang dialami rumah teres yang sedia ada. Antara ciri tradisional yang yang ingin diaplikasikan dalam ciptaan kali ini ialah ruang pemisah antara ruang lantai dan tanah atau dipanggil raised floor dan lubang pada bahagian dinding atau lantai yang boleh diubah suai dikenali sebagai floor louvers.” Imran Hadi menerangkan satu-persatu sambil menunjukkan pelan tersebut kepada ahli mesyuarat.
“Bagi menerangkan lebih lanjut, saya serahkan kepada Encik Amar Irsyad untuk membentangkannya.
“Untuk pengetahuan anda semua, cara tradisional ini dikekalkan kerana dapat mengatasi masalah seperti pengudaraan,pencahayaan,keselesaan dan sosial. Rumah teres kali ini akan menggunakan konsep lantai yang mempunyai lubang atau ruang yang akan dimodenkan . Ruang floor louvers ini boleh diubah untuk ditutup atau dibuka menggunakan selak dari dalam rumah supaya pengaliran udara dari luar dan dalam boleh berlaku. Aplikasi elemen tradisional ini dapat mengatasi masalah ruang panas dan istimewanya tidak lagi perlu menggunakan pendingin hawa yang ternyata agak mahal. Lagipun, tidak semua penghuni mampu membeli penghawa dingin,” Amar Irsyad yang rancak memperkatakan pelan seterusnya mengambil tempat duduk setelah selesai penerangannya.
“Seterusnya, satu lagi elemen tradisional yang ideanya akan dikemukakan oleh Cik Nor Izzatul Hayati. Dipersilakan Cik Hayati,”
Dengan bangga ,Imran Hadi mempelawa anak buahnya untuk mengemukakan idea.
“Saya mencadangkan supaya pembinaan rumah teres ini menggunakan Breathing Door,”
“Breathing Door? Can you explain deeply,Miss Hayati,” Pengerusi sempat mencelah.
“Breathing Door merupakan dinding berlubang yang berupaya membenarkan udara masuk biarpun pintu ditutup, Datuk. Lubang boleh ditutup dan dibuka menggunakan selak. Ianya dibuat daripada PVC dan memenuhi piawaian pintu keselamatan kebakaran ditambah lagi harganya yang murah dan berpatutan. Pintu ini praktikal untuk enam perkara. Iaitu,pengudaraan, tahap hingar atau akustik yang baik;kekuatan dari struktur binaan;serba guna dan pilihannya pelbagai;iluminasi cahaya yang baik;dan berestetika.” Hayati tersenyum puas setelah dapat mengutarakan ideanya itu. Nasib baik ada Abang Hadi. Dapat juga dia berkongsi idea dengan abangnya itu.
Pengerusi kelihatan berpuas hati dengan usul yang dikemukakan Hayati . Usaha ke arah projek tersebut telah mendapat kata sepakat dan berjalan lancar. Majlis mesyuarat kemudiannya bersurai.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

No comments:
Post a Comment