Sunday, 3 April 2011

NO TITTLE PART 12

“Atuk,nenek, kami rancang nak pindah rumah dalam seminggu ni,”
Imran memandang ke arah Hayati yang duduk di sebelahnya.
“Kenapa cepat sangat nak pindah rumah?” Datuk Yahya memandang Imran lambat-lambat sambil meneguk secawan Nescafe.
“Yalah. Lagipun, Im dan Aya baru saja berkahwin kan? kenapa cepat sangat nak berpindah?”
Datin Maznah mencelah setelah kelihatan Imran dan Hayati masing-masing diam membisu.
“Hem..Aya ni nek. Dia yang tak sabar-sabar nak pindah rumah. Katanya,nak cuba hidup berdikari,”
“Eh, kenapa saya pulak? Saya tak cakap apa-apa pun,” Geram sungguh hatinya terhadap Imran yang tiba-tiba mempergunakan namanya untuk tujuan berpindah rumah.
“Tak boleh lagi, Aya, Imran. Atuk nak tunggu kau berdua ni lahirkan cicit untuk atuk dan nenek dulu,baru boleh pindah rumah,”
Hayati menelan air liur mendengarkan kata-kata Datuk Yahya. Sungguh dalam maksud yang diutarakan oleh atuk.
“Er.. taklah atuk ,nenek.Aya seronok tinggal dengan atuk dan nenek dekat sini. Dengan adanya atuk,nenek,taklah bosan sangat.Lagipun, tempat kerja dekat sikit dengan rumah ni,”
Hayati menghadiahkan senyuman semanis madu kepada atuk dan nenek untuk menggambarkan keihklasannya dengan berkata demikian. Dia melemparkan pandangan geram terhadap Imran. Matanya terjegil memandang lelaki yang sengaja membuat muka tolol itu.
“Hem..baguslah kalau macam tu. Lagipun, bukannya ada sape tinggal dekat rumah ni kalau bukan kamu berdua,”
Minum petang itu berakhir dengan kekecewaan di hati Hayati kerana tidak mendapat lampu hijau daripada Datuk Yahya dan Datin Maznah untuk berpindah rumah.
* * * * * * * * * * * *
“Awak, kenapa awak cakap saya yang nak pindah rumah?”
“Eh, bukan ke kau yang suruh aku cakap dekat atuk dan nenek, kau nak berpindah semalam?”
“Ya..betul..Eh,macam mana awak tahu? Bukan ke awak dah tidur semalam?”
Imran hanya tersenyum sumbing melihatkan reaksi Hayati.
“Oh,ya..terima kasihlah sebab kau selimutkan aku semalam tu. Menyusahkan kau je. Tapi,kalau ye pun muka aku ni kacak,janganlah kau usha aku lama-lama sangat,takut-takut nanti ada orang jatuh cinta pulak..,” Imran Hadi menjeling sekilas ke arah Hayati yang berada di sebelahnya.
Pipi Hayati terasa bahang. Malu kerana tindakannya semalam diketahui oleh Imran.Dia tidak senang duduk. Hayati buat-buat selamba seperti tidak ada apa yang berlaku semalam. Matanya terus tertancap pada isi kandungan Majalah Mingguan Wanita. Walhal,hatinya,hanya Allah sahaja yang mengetahui.
‘Ya Allah! Malunya aku! Aku ingatkan dia dah tidur semalam,rupa-rupanya dia tidur-tidur ayam aje. Kat manalah aku nak letak muka aku ni. Malu! Malu!’
“Kau betul-betul nak berpindah rumah ke?”
Fikiran Hayati kembali singgah pada buah bicara Imran.
“Yalah, saya nak berpindah rumah. Bolehlah kita tidur berasingan bilik,” dia menjawab setelah berdiam seminit dua.
“Kenapa? Kau takut tergoda dengan jejaka tampan macam aku ni ke?”
“Ei..awak ni, tolong sikit. Mana ada!”
“ Ei..awak ni, tolong sikit.Mana ada” Imran menjuihkan bibir mulutnya sambil menjungkit bahu mengejek percakapan Hayati.
“Sejak aku kenal kau ayat tu aje yang sering aku dengar dari mulut kau,”
“Isy…bencinya saya, awak ni,”
Imran terus- terusan ketawa dengan tingkah-laku gadis itu yang berjaya disakatnya.
“Kalau kau nak berpindah rumah, aku boleh tolong kau,” Imran berkata dalam sisa-sisa ketawa.
“Macam mana?” Hayati memandang serius ke arah lelaki di hadapannya itu. Halaman majalah yang terbuka diabaikannya sebentar. Dia menanti-nantikan idea yang bakal dilontarkan oleh buah fikiran lelaki itu.
“Jom..kita buat..” Imran semakin bergerak mendekati Hayati.
“Bu..buat ape?” Hayati kaget dengan tingkah-laku Imran yang tiba-tiba berubah.
“Buat anak. Bolehlah kita berpindah cepat?” mulut Imran lancar menuturkan perkataan tersebut membuatkan Hayati naik berang dengan tindakan lelaki itu.
“Awak jangan nak mengada-ngada, Imran!” Bentaknya keras.
“Aku dah offer, kau tak nak pula,”
“Sudah..sudah..Saya nak tidur,”
Imran ketawa besar melihatkan respon wanita itu.
* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

No comments:

Post a Comment